Download!Download Point responsive WP Theme for FREE!

Kenapa Rezeki Susah Masuk Sedangkan Telah Usaha

Kenapa Rezeki Susah Masuk sedangkan pelbagai usaha telah dilakukan. Adakah anda yang tengah tenat dengan masalah yang banyak adalah punca kenapa rezeki lambat datang, cuba baca sampai abis nurkilan ni atau rujuk Pintu rezeki maha pemberi.

 

Kenapa Rezeki Susah Masuk
Kenapa Rezeki Susah Masuk

 

Masalah yang ada tu jangan selalu minta manusia tolong je, bukan semua orang dapat layan masalah anda tu. Sebab diorang pun ada masalah juga, cuma tak cerita kat anda je. Jadi jika orang tak nak tolong jangan marah tak tentu pasal. Banyakkan bersangka baik.

 

Jika ada yang sudi tolong Alhamdullillah, banyakkan syukur okey. Rasa berat sangat masalah, rasa macam nak mati pun ada dan rasa nak gila pun ada. Okey tipsnya macam ni.

 

Tenangkan fikiran sebentar dan lihat sekeliling. Buang masalah tu, jangan fikir. Cuba tarik nafas dalam-dalam hembus, buat dua-tiga kali. kemudian ucapkan alhamdulillah. Jumpa apa, pandang apa. Cuba banyakkan ucap alhamdulillah. Ya ALLAH banyaknya nikmat aku lupa nak syukur.

 

Nikmat kaki tangan, nyawa masih hidup dan banyak lagilah. Ada anak suami isteri, walaupun hidup dirasakan tak bahagia cuba ucapkan syukur bebanyak ye. Buat je, jangan banyak soal. Buat je sebanyak-banyaknya.

 

Kenapa Rezeki Susah Masuk dalam hidup anda.

 

Mungkin jadi disebabkan dosa yang datang dari diri anda sendiri yang tak pernah sedar, tak pernah mengaku tak pernah tahu dan tak pernah perasan. Jadi jika tanya orang yang kenal anda, dekat ngan anda je boleh jawab apa keburukan yang anda dah buat.

 

Sebab jika anda sendiri, anda memang tak kan nampak. Jadi bila orang tegur, perbaiki. Jangan melatah, jangan melawan dan jangan membantah. Kemudian, dengan ALLAH pergi solat sujud lama sikit.
mengaku dosa-dosa kita kepadanya dengan bersungguh-sungguh. .

 

Jangan tanya Ya Allah apa dosaku ? Jangan persoalkan ALLAH macam tu, macam anda suci sangat tanya macam tu dan macam ALLAH nak jawab soalan anda tu. benda ni punca kenapa rezeki susah masuk. Tak payah, terus je mengaku dosa apa anda buat ke tidak. Tau tak, sebab dia lebih mengetahui.

 

Kenapa Rezeki susah Masuk Memang Ada Sebabnya.

 

Jadi anda mesti banyakkan minta ampun, bersungguh-sungguh. Jika boleh buat solat taubat sekali. Bila berdoa tu, jangan ragu-ragu. ALLAH tu maha pengampun maha penyayang. Kena yakin doa kita dimakbulkan dia. Sebab siapa yang tak yakin doa akan dimakbulkan boleh jadi syirik.

 

Dah anda tak yakin dengan ALLAH, nak yakin kat sape lagi ? Betul tak ? Keyakinan itulah tingkat tinggi rendah iman anda. Dia makbulkan doa setiap hambanya, cumanya masa makbul tu bila waktunya anda tak tau tapi akan diberi tepat pada waktunya. Tak cepat, tak lambat. Tapi tepat.

 

Jadi jangan putus minta ampun. Buat selalu, bukan sekali dua je. Bukan bila dah tak da masalah berhenti berdoa. Lepas tu tak buat dah mentang-mentang masalah dah settle. Jadi lupa diri pulak. Hidup anda setiapnya kesalahan datang daripada diri anda sendiri. Anda yang kena baiki hidup anda dan sikap anda. Bukan cari salah orang, baiki orang. Semak diri anda dulu.

 

Jika boleh sedekahkan apa yang anda ada dengan niat ALLAH bantu beri jalan keluar anda dari masalah. Boleh faham ? Okey ? Anda yang nak share tu tekan je button shareye, atau Nak ilmu Formula Tarik Rezeki.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + 19 =