Download!Download Point responsive WP Theme for FREE!

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee Jana Pendapatan

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee adalah microjob yang anda perlu tawarkan kemahiran kreativiti seperti menulis, pereka web atau grafik. Anda ada lesen jual semula software atau theme wordpress mahupun blogspot pun boleh ditawarkan sebagai sumber pendapatan mudah di ilancee.

Buat duit dari rumah dengan ilancee memang mudah kerana banyak permintaan

kerja dari rumah dengan ilancee
kerja dari rumah dengan ilancee

Zaman serba canggih ini pelbagai bisnes mudah boleh anda mulakan, dari modal berjuta sehingga yang tanpa modal. Tetapi untuk mulakan bisnes tidak kira modal berapa pun yang paling penting ialah ilmu di dada, tanpa ilmu bisnes anda mungkin tersungkur lebih awal.

 

Kali ini saya nak kongsikan, jika anda nak mudah dapatkan pembeli untuk perkhidmatan anda atau kata lain kerja anda dipermudahkan . Jangan risau, dalam artikel ini saya akan ceritakan Kerja Dari Rumah Dengan ilancee Boleh Buat Duit Dengan Mudah.

 

Pasti anda tertanya apa itu iLancee kan? Untuk tau lebih mendalam tentang ilancee ni, cuba Daftar di web iLancee sekarang . Pendaftaraan anda disana adalah percuma

 

Apa Kelebihan Kerja Dari Rumah Dengan ilancee ni ?

 

  • Pembeli telah sedia ada untuk anda. Anda cuma iklan perkhidmatan anda dan pelanggan akan tempah jika mereka berminat.

 

  • Sistem bisnes yang unik dan mesra pengguna bagi mana-mana newbie atau yang ingin memulakan kerja dari rumah.

 

  • Trafik yang banyak lebih berpotensi untuk anda mudah dapatkan pembeli.

 

Jika anda masih baru dan takut kes penipuan, laman pembelian ni selamat.  Konsep digunakan Pay – Hold – Release. Ilancee akan bayar setelah hasil kerja berjaya disiapkan. Jika hasil kerja bermasalah, pembeli akan dapat semula duit. Maknanya pembeli bayar kepada admin ilancee, tidak terus kepada penjual.

 

Bagi kaedah bayaran bagi pembeli, ilancee gunakan aplikasi senangpay atau FPX. Kaedah ni memang memudahkan pembeli untuk dapatkan perkhidmatan penjual.

 

Bagaimana nak mula kerja dari rumah dengan iLancee ?

Di iLancee, anda boleh mula dengan menjual kemahiran yang anda ada. Sebagai contoh anda berkemahiran dalam bina blog, website, reka grafik dan sebagainya, anda boleh senaraikan kemahiran anda di sini.

 

Format jualan yang digunakan di iLancee adalah seperti berikut:

      • Saya akan membina web untuk anda dengan RM35
      • Saya akan jual 1000 koleksi grafik kepada anda dengan RM50

Perhatikan yang diboldkan. Itu adalah format jualan di iLancee.

 

Jika anda masih tidak faham bagaimana untuk MULA menjual dan buat duit mudah di iLancee. Jadi di sini saya sediakan kepada anda bagaimana anda boleh mula menyenaraikan servis atau Gigs anda di iLancee.

 

Mudahnya buat duit di ilancee ini adalah berdasarkan kemahiran dan kepakaran yang anda miliki. Anda boleh menjadi ‘freelancer’ dengan kepakaran yang dimiliki. Manfaatkan kepakaran yang anda miliki untuk menyelesaikan masalah orang ramai secara online.

 

Kunci kerja dari rumah dengan di ilancee ialah :

  • Jika anda pakar dalam bidang grafik atau melukis, anda boleh sediakan perkhidmatan membina minisite, grafik, banner atau sebagainya dengan harga yang berpatutan.

 

  • Jika anda pakar dalam bidang penulisan atau penterjemahan, anda boleh sediakan servis menulis atau ‘ghostwriter’ dengan ambil upah menulis ebook, surat jualan, menterjemah dan sebagainya.

 

Apa yang menarik tentang cara ini ialah anda telah menyediakan perkhidmatan yang memudahkan kerja-kerja orang lain.

 

Contohnya jika anda seorang ‘freelancer’, anda sebenar telah membantu ramai orang.

Saya berikan lagi contoh :

Anda seorang yang mahir menggunakan Adobe Photoshop, perisian ini adalah satu perisian grafik editor yang agak rumit untuk dipelajari dan tidak ramai yang mahir menggunakannya. Anda boleh menggunakan kemahiran yang ada untuk menyediakan perkhidmatan grafik dan sebagainya.

 

Mahir dengan Adobe Photoshop memang boleh buat duit,

teruskan bacaan lagi kerana diakhir artikel ini akan membawa anda untuk jana duit dengan mudah melaluli perkhidmatan online.

 

Berikut ialah cara untuk melakukan servis melalui Adobe Photoshop :

  • Lihat kemahiran diri sama ada anda mahir dalam menggunakan perisian, memiliki kemahiran melukis, jurufoto atau sebagainya.

 

  • Ronda-ronda di ilancee untuk mencari permasalahan orang ramai atau dengan kata lain cari permintaan atau pasaran yang lapar.

 

  • Bantu permasalahan orang ramai terlebih dahulu dalam bidang yang anda mahir. Contohnya jika anda ahli ilancee yang bertanya tentang bagaimana hendak menggunakan sesuatu fungsi dalam Adobe Photoshop.

 

  • Buat tawaran khas atau tawaran promosi untuk servis anda.

 

Coretan kata-kata semangat untuk anda.

Ingatlah, semua jenis perniagaan online tidak memerlukan anda memiliki pejabat atau peralatan perabut pejabat atau sebarang keperluan di ofis. Anda boleh memulakan langkah anda hanya berbekalkan laptop dan sambungan Internet. Namun jika anda mampu membina SOHO itu adalah satu kelebihan buat anda!

 

Beberapa tip untuk memulakan langkah microjob pertama anda :

  • Berikan perkhidmatan secara berkualiti dengan harga mampu dibayar. Ini bertujuan membina kredibilit anda agar orang mengenali siapa diri anda.

 

  • Hasil kerja anda yang diberikan secara berkualiti tersebut mampu menarik minat orang ramai jika hasilnya menarik dan memuaskan hati mereka.

 

  • Membina satu perhubungan baik dengan pelanggan yang akan membolehkan anda membuat jualan back end nanti.

 

Itu hanyalah beberapa idea yang membolehkan anda mula memasarkan kebolehan dan kemahiran diri anda untuk menjana keuntungan buat duit di ilancee. Ia mungkin nampak seperti sangat ringkas dan remeh tetapi jangan anda tertipu dengannya kerana sudah terdapat begitu ramai orang yang berjaya menjana keuntungan melalui bakat yang terdapat pada diri mereka.

 

Terima kasih baca sampai sini, ada masalah atau soalan boleh terus je komen atau Hubungi ilancee.

 

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *