Download!Download Point responsive WP Theme for FREE!

Apa itu Rezeki Sebenarnya Memberi Banyak Maksud

Apa itu rezeki sebenarnya membawa banyak maksud adalah persoalan yang bermain dalam minda anda, jadi saya terangkan dulu apakah itu rezeki. Maksud rezeki adalah luas, maknanya banyak cabang. Ia bukan tertakluk kepada duit semata-mata. Perkataan rezeki berasal daripada perkataan arab “rizq”, yang secara literalnya bermaksud “sesuatu yang diberi atau dikurniakan”.

 

Apa Itu Rezeki
Apa Itu Rezeki

 

Rezeki mempunyai maksud yang luas. Ia termasuk dengan badan yang sihat, mampu tersenyum, dipermudah urusan untuk melakukan tugasan atau pergi ke sesuatu tempat, dan dapat tidur dengan lena.

 

Allah pemberi rezeki yang mutlak. Dia memberi sesiapa sahaja rezeki-Nya. Sama ada umat Islam atau bukan Islam. Ia adalah refleksi kepada sifat Allah, iaitu Allah Maha Pengasih.

 

Tetapi, hanya dengan sifat Allah yang memberi rahmat, ia hanya khas untuk umat Islam sahaja. Oleh sebab itu, hanya umat Islam yang terpilih peroleh rahmat Allah. Rezeki Sudah Ditetapkan … Rezeki anda telah ditetapkan sejak dari dalam perut ibu lagi.

 

Apa itu Rezeki juga ada tertulis dalam hadis

Ia dijelaskan seperti di bawah ;

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah SAW meriwayatkan kepada kami dan ia adalah seorang yang benar serta dibenarkan, sabdanya:

“Sesungguhnya seorang kamu dihimpunkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk setitis air, kemudian menjadi seketul darah selama itu kemudian sepotong daging selama itu.

Kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan dengan empat perkara iaitu ditulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan sama ada celaka atau bahagia ia.

Demi Allah yang tiada tuhan selainnya, sesungguhnya seorang kamu benar-benar akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antaranya dengan syurga hanyalah sehasta, lalu ketentuan mendahuluinya.

Maka dia beramal dengan amalan ahli neraka lalu ia memasukinya. Dan sesungguhnya seorang kamu
benar-benar beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta lalu ketentuan mendahuluinya maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu ia memasukinya.” (Bukhari dan Muslim)

 

Apa itu Rezeki sebenarnya banyak maksudnya.

Namun begitu, penting untuk anda mencari, dan membuka pintu rezeki yang telah ditetapkan Allah untuk anda tuai hasilnya. Anda boleh lihat dalam kehidupan sendiri atau orang lain, bagaimana seseorang itu dapat berjaya dalam sesuatu bidang.

 

Apabila beliau menjalankan bisnes A, bisnesnya tidak maju. Kemudian, beliau beralih ke bisnes B, semakin baik. Lantas, beliau beralih ke bisnes C, bisnesnya berkembang maju, pesat dan semakin membangun dengan deras. Ia adalah bermakna, pintu rezekinya adalah dalam bisnes C.

 

Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda berusaha, mencari pembuka pintu rezeki yang telah Allah tetapkan untuk anda. Antaranya dengan doa.

Contoh skrip;

“Ya Allah, saya pohon, agar Kau memberitahu saya, apakah bisnes yang apabila saya lakukan sedikit,
saya perolah hasil yang banyak. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.”

 

Pepatah melayu mengatakan, ” Tiap rezeki kita ada rezeki orang lain ” . Ia adalah pepatah yang biasa kita baca dan dengar. Antara pepatah lain, ” Awas, anda adalah orang kepercayaan Allah ” Apabila pernyataan itu dibaca, kita akan merasa ‘awesome’ kerana mendapat kepercayaan daripada Yang Maha Besar, untuk mengagihkan rezeki-Nya.

 

Dengan mempunyai mindset berlimpahan (abundance), kita akan rasa tenang dan bebas daripada merasa takut untuk memberi. Antara skripnya; “Aku adalah manusia kepercayaan Allah, untuk mengagihkan rezeki kepada orang lain.”

 

Sahabat saya ada menulis lebih lanjut tentang Formula Tarik Rezeki. Ia membantu anda untuk menjemput Rezeki dan bagaimana untuk membukitkan Rezeki anda.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *