Cara Mudah Promosi Perniagaan di Profile FB
|Cara Mudah Promosi Perniagaan di profile FB ni perlu anda gunakan untuk iklan kan bisnes mudah anda, banyak kelebihan yang akan diperolehi jika anda gunakan teknik ni. Tips ini saya tujukan kepada anda yang ingin jadi peniaga online yang berjaya.

Cara Mudah Promosi Perniagaan di profile FB:
- GUNA NAMA & GAMBAR PROFILE DIRI SENDIRI.
Yang ini paling utama dan paling penting! Ini adalah benda pertama anda kena ubah. Nampak anda seorang yang serius dan jujur. Tetapi masih ada yang tidak ambil tindakan.
Guna nama sebenar anda kerana itulah BRAND anda! Bangga dan yakin jadi diri sendiri. Jika anda sendiri yang tidak yakin pada diri sendiri macam mana orang lain hendak yakin berurusan dengan anda, betul?
Guna nama yang sama disemua media sosial, media cetak dan media elektronik supaya bila hari-hari orang tengok anda, orang akan ingat kerana sudah simpan dalam kepala otak!
Gambar profile elakkan letak gambar anda bersama anak-anak atau orang lain. Tetapi jika bersama pasangan boleh. Lagi bagus guna gambar yang diambil oleh photographer professional.
- TAMBAH RAKAN SEHINGGA PENUH KUOTA.
Lihat rakan Fb anda sekarang berapa orang? Jika masih belum cukup 5000, cepat-cepat tambah sampai penuh.
Kenapa?
Kerana kawan-kawan anda di sosial media semua adalah POTENTIAL CUSTOMERS anda!
Bak kata orang-orang yang berjaya, bina KEPERCAYAAN dulu dengan mereka. Banyakkan post perkara-perkara yang positif, motivasi, ilmu, isu-isu semasa dan sebagainya. TETAPI.. Elakkan post tentang isu-isu yang sensitif seperti politik, isu perkauman dan sebagainya..
- MULA MENULIS!
Tidak pandai menulis?
Mulakan dengan ayat pendek. Boleh ambil dari mana buku, internet dan sebagainya..
Tetapi adalah lebih baik anda buat ayat sendiri. Tulis dari hati.. Maka akan sampai ke hati!
Belajar tentang copywriting dan storytelling. Jika anda tahu teknik yang betul, anda akan mudah close sales dengan customers!
- POST DI WAKTU PUNCAK!
Untuk dapatkan like yang banyak, post status anda pada waktu puncak dimana pada masa itu bilangan orang yang sedang online sangat tinggi!
Jika selalu tidak sempat hendak post diwaktu puncak, gunakan apps seperti hootsuit dan buffer (Boleh google). Jadualkan masa hendak post status anda.
Masa puncak ialah :
1. 7-8am
2. 1-2pm
3. 5.30-7pm
4. 9-11pm
Kurangkan post pada hari Sabtu dan Ahad kerana kebanyakan orang kurang online pada hujung minggu.
Mereka lebih menghabiskan masa dengan aktiviti luar atau spend time bersama keluarga.
- SETTING SETIAP POST AS “PUBLIC”.
Periksa balik setiap status anda.
Tukar kepada ‘PUBLIC’.
Kerana orang luar yang belum jadi kawan kita pun boleh nampak post anda. Mula-mula mereka suka baca setiap post anda, then tekan LIKE. Lama-lama mula komen. Akhirnya jadi pelanggan tetap! Nampak tidak?
Sekarang anda sudah bersedi hendak berniaga online, anda ibarat seorang public figure. Orang suka tahu kehidupan anda. Bila mereka rasa selesa dengan anda baru mereka lebih yakin untuk berurusan dengan anda!
Kadangkala ramai orang yang jual barang yang sama dengan anda, tetapi kenapa pelanggan pilih anda? Sebab mereka dah PERCAYA dengan anda! Makanya Selamat hari raya aaaa… Faham ke faham?
- HASHTAG #
Letakkan #hashtag pada setiap post anda. That’s call BRAND AWARENESS. Means orang tahu anda buat perniagaan apa. Mungkin dia tidak perlukan barang yang anda jual itu. Tetapi mungkin dia akan suggests pada keluarga dan kawan-kawan dia. Betul ke betul?
Yang ini sahaja dapat saya kongsikan, untuk lebih bermanfaat ilmu kongsi dengan kawan-kawan. Kepada anda yang promosikan perniagaan sim kad tone excel cara ini boleh digunakan. Apa pun Cara Mudah Promosi Perniagaan yang anda gunakan ialah Ikhlas dalam berniaga.
Tips yang menarik dan boleh dipraktiskan…Terima kasih tuan Hafiszan
saya juga akui ia memang menarik dan best untuk diikuti
Apa yang tuan tulis memang betul sangat2. Kadang-kadang otai kata fanpage adalah tempat yang bagus untuk promote bisnes tapi sekarang kos ads meningkat, tapi sale kurang.. kat fb profile bagus untuk promote bisnes sebab mudah nak PM direct kepada customer, boleh minta diorg add friend..lagi pun kos xde 🙂
yalah satu panduan yang sangat bagus bro..
nak buat bisnes, mesti promosi bisnes dan produk kita.
tak leh dok diam aje.
Taktik dan panduan yang sangat berguna buat peniaga online macam saya ni…
tehnik yang bagus admin, sangat bermanfaat sekali bagi sy yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan online ini….terima kasih banyak.
Baru nak download apps yang dikongsi..
Dah lama saya tak menulis kat FB, nak fokus kat blog pulak. 😀