Rahsia Mudah Buat Duit Di ilancee Tanpa Modal Banyak
|Rahsia Mudah Buat duit di ilancee dengan menawarkan Perkhidmatan Online iaitu ( Menyediakan servis online sebagai sumber pendapatan) . Cara ini memang mudah kerana anda mungkin tidak perlu keluarkan modal pun. Apa yang penting anda hanya perlu ada produk, kemahiran, kreatif dan pandai membuat sesuatu yang orang lain tidak pandai buat.
Strategi rahsia mudah buat duit di ilancee ini adalah berdasarkan produk, kemahiran atau kepakaran yang anda miliki. Anda boleh menjadi ‘freelancer’ dengan kepakaran yang dimiliki. Manfaatkan kepakaran yang anda miliki untuk menyelesaikan masalah orang ramai secara online.
Kunci Rahsia Mudah buat Duit di ilancee
- Jika anda seorang yang pakar dalam bidang grafik atau melukis, anda boleh sediakan perkhidmatan membina minisite, grafik, banner atau sebagainya dengan harga yang berpatutan.
- Jika anda seorang yang pakar dalam bidang penulisan atau penterjemahan, anda boleh sediakan servis menulis atau ‘ghostwriter’ dengan mengambil upah menulis ebook, surat jualan, menterjemah dan sebagainya.
Apa yang menarik tentang cara ini ialah anda telah menyediakan servis yang memudahkan kerja-kerja orang lain.
Contohnya jika anda seorang ‘freelancer’, anda sebenar telah membantu ramai orang.
Saya berikan lagi contoh :

Anda seorang yang mahir menggunakan Adobe Photoshop, perisian ini seperti yang diketahui adalah satu perisian grafik editor yang agak rumit untuk dipelajari dan tidak ramai yang mahir menggunakannya. Anda boleh menggunakan kemahiran yang ada untuk menyediakan servis membina website, banner pengiklanan, grafik dan sebagainya.
Rahsia Mudah Buat Duit di iLancee Mahir dengan photoshop memang boleh buat duit
Teruskan bacaan lagi kerana diakhir catatan ini akan membawa anda untuk jana duit dengan mudah melaluli perkhidmatan online.
Berikut ialah cara untuk melakukan servis melalui Adobe Photoshop :
- Lihat kemahiran diri sama ada anda mahir dalam menggunakan perisian, memiliki kemahiran melukis, jurufoto atau sebagainya.
- Ronda-ronda di ilancee untuk mencari permasalahan orang ramai atau dengan kata lain cari permintaan atau pasaran yang lapar.
- Bantu permasalahan orang ramai terlebih dahulu dalam bidang yang anda mahir. Contohnya jika anda ahli ilancee yang bertanya tentang bagaimana hendak menggunakan sesuatu fungsi dalam Adobe Photoshop.
- Buat tawaran khas atau tawaran promosi untuk servis anda.
Coretan kata-kata semangat untuk anda. Ingatlah, semua jenis perniagaan online tidak memerlukan anda memiliki pejabat atau peralatan perabut pejabat atau sebarang keperluan di ofis. Anda boleh memulakan langkah anda hanya berbekalkan laptop dan sambungan Internet. Namun jika anda mampu membina SOHO itu adalah satu kelebihan buat anda!
Beberapa tip untuk memulakan langkah pertama anda :
- Berikan perkhidmatan secara berkualiti dengan harga mampu dibayar. Ini bertujuan membina kredibilit anda agar orang mengenali siapa diri anda.
- Hasil kerja anda yang diberikan secara berkualiti tersebut mampu menarik minat orang ramai jika hasilnya menarik dan memuaskan hati mereka.
- Membina satu perhubungan baik dengan pelanggan yang akan membolehkan anda membuat jualan back end nanti.
Itu hanyalah beberapa idea yang membolehkan anda mula memasarkan kebolehan dan kemahiran diri anda untuk menjana keuntungan buat duit di ilancee.com. Ia mungkin nampak seperti sangat ringkas dan remeh tetapi jangan anda tertipu dengannya kerana sudah terdapat begitu ramai orang yang berjaya menjana keuntungan melalui bakat yang terdapat pada diri mereka.
Pengalaman saya pula, ketika di awal penglibatan saya hanya menyediakan grafik yang menarik dan 130 Ebook Pelbagai Niche. Saya adalah ahli terawal yang daftar dan meyediakan servis di ilancee .
semoga berjaya dalam contest ilancee.com. Saya pun tengah fikir apa servis yang sesuai saya buat.
terima kasih, jangan fikir sangat. ada kemahiran letak sahaja servis, pasti ada yang berminat
saya pun nak cubalah nanti..letak servis yang baik punya!
memag menarik program nie..dulu pernah aktif di fiver..
boleh aktif di ilancee.com pula, mana tahu ada rezeki
setakat ini belum ada kemahiran khusus untuk dikomersialkan…
terliur betul tengok blog template wordpress ni. sekarang nak buat duit mudah je. ada internet ada pc jalan, tak payah keluar rumah pun….
masih belum faham konsep ilancee….still study & research…
Sememangnya kita boleh buat duit di iLancee.com, ia memberi satu perkhidmatan dan servis secara percuma. Diharap kita dapat gunakan kemahiran yang kita ada supaya dapat dikembangkan. Sevis yang digunakan di blog iLancce.com amat menarik.
jom join contest ni…memang hebat 🙂
yang masih belum sertai, jangan bertangguh lagi
Ilancee.com satu tempat yang bagus untuk kita jual kemahiran kita. Pengetahuan boleh dicari, tetapi kemahiran ni .. kalau tak buat takkan mahir. Jadi orang yang dah ada pengetahuan, pastu dah buat .. banyak kali jadi mahir boleh gunakan platform di ilancee.com ni untuk buat duit online
salam bro… tak payah buat entri lain, terus je hantar entri ini sebagai entri contest cuma edit dan masukan penaja. Apa2 contest, enaja wajib dimasukkan.
Ada sesiapa dah berjaya…blh tunjuk ajarku sifu nanti…
Platform bagus untuk mereka yang berkemahiran untuk asah bakat dan bina reputasi.
wah..dah ramai rupanya yang join contest ilancee nih. InsyaAllah, sehari dua nanti nak hantar pencalonan gak 🙂
menarik..! terima kasih utk perkongsian ni..^__^
memang Buat Duit Di ILancee.com ni terbukti, memang ramai yang dah dapat income sampingan dari web ni, rugi siapa yang tak manfaatkan
Akhirnya dah ada Gig sendiri di ilancee.com ni .. hoho .. nak tgk camner nanti buat duit di ilancee.com ni .. masyuk ke tak .. hoho
Saya dah buat gig juga di blog iLancee.com untuk membuat servis agar ada orang yang sudi mendapatkan perkhidmatan yang saya berikan. Ini cara terbaik Buat Duit Di iLancee.com.
Terfikir jugak nak jual kemahiran apa yea?
Bagus platform nie.
Boleh selesaikan masalah orang lain.
Nampak menarik untuk jadikan salah satu channel untuk jual perkhidmatan ni
Menarik ni.. rasa nak buat duit pula dengan iLance ni.. cuma masih terfikir servis apa nak tawarkan.. hehe
Sudah terbukti iLancee mampu memberikan pulangan kepada internet money maker 🙂