Cari Kerja Kosong PBT Atau Agensi Kerajaan adalah Mudah

Cari Kerja Kosong PBT Atau Agensi Kerajaan ? Tahukah anda, di negeri anda lahir sendiri juga ada sediakan peluang pekerjaan yang ditawarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Anda hanya perlu ada teknik cari kerja yang betul. Salah teknik boleh meyebabkan anda mungkin gagal pada peringkat awal lagi.

cari Kerja Kosong
cari Kerja Kosong

 

Cuba anda lihat ada pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh PBT, Antaranya :

  • Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

 

  • Penolong Pegawai Perancang Desa JA29

 

  • Penolong Jurutera JA29

 

  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

 

  • Pembantu Akauntan W17 dan banyak lagi

 

Pasti anda tak tau kan dengan senarai jawatan ini. Ia juga ditawarkan di PBT, anda perlu bijak dan peka untuk cari kerja kosong segera yang ditawarkan oleh pihak PBT yang diiklankan.

 

Persoalan saya untuk anda, Ada berapa banyak PBT di negeri anda ? Adakah anda sudah mencari peluang pekerjaan ini di sana ? Buat pengetahuan anda di Selangor sahaja terdapat 12 PBT. Banyakkan, pasti peluang pekerjaan yang ditawarkan tinggi. Anda hanya perlu cari atau tunggu hebahan yang akan dikeluarkan oleh PBT.

 

Peluang pekerjaan di PBT, atas usaha anda sendiri. Cari semua PBT di negeri anda dan ‘teropong’ kerja kosong segera yang ditawarkan di sana. Mudah sahaja kan, usaha yang tinggi pasti memberi kejayaan yang sempurna. Gunakan petua mencari kerja yang telah diamalkan kebanyakkan mereka yang telah berjaya.

 

Mudah Cari Kerja Kosong PBT atau Agensi Kerajaan.

Adalah jika anda ada semua laman web agensi ini barulah anda tidak terlepas peluang kerja kosong kan? Peluang kerja kosong kerajaan di Agensi Kerajaan ? Macam pelik bunyinya. Jika anda perasan, agensi seperti Lembaga Getah Malaysia mengiklankan jawatan kosong mereka sendiri.

 

Tidak perlu ujian bertulis Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ). Terus sesi temuduga. Mereka boleh buat kerana mereka agensi dan tidak tertakluk kepada sistem SPA. Ada lebih 241 Agensi Kerajaan sebenarnya, mungkin banyak peluang di sana?

 

Anda perlu tau juga yang SPA ada exam melalui online. Dalam rekod SPA, persaingan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Paling Ramai. Dengan 70,000 calon SPA bagi exam online. Peperiksaan online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 ( PTD ) ini paling sukar pernah dibuat oleh SPA kerana ia menggunakan sistem online.

 

Saya nak tanya adakah anda pernah duduki exam SPA melalui online sebelum ini ? Ini fakta yang tidak boleh disangkal. Majoriti graduan IPTA memilih untuk berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan. Dengan kelebihan dan manfaat untuk kita sebagai penjawat awam pasti ramai hendak jawatan kerajaan.

 

  • Elaun perumahan

 

  • Elaun COLA

 

  • Kenaikan gaji setiap tahun

 

  • Pinjaman perumahan

 

  • Imbuhan tetap kakitangan Awam (ITKA) dan banyak lagi.

 

SPA8i dari Data SPA Permohonan melalui borang SPA8i setiap tahun mencatatkan lebih 1 Juta permohonan iaitu

  • 2010 – 1.6 Juta pemohon

 

  • 2011 – 1.2 juta pemohon

 

  • 2012 – 1.1 juta pemohon

 

Anda tau berapa jumlah kekosongan jawatan kerajaan ? Calon yang mohon memang ramai dan tahun 2014 pemohon DITENDANG keluar dari persaingan melalui peperiksaan Online sebelum sampai ke temuduga. Pastikan anda lulus ujian online dulu baru boleh menaruh harapan untuk menjawat jawatan kerajaan.

 

Peringatan kepada anda, selalu semak laman agensi kerajaan, mungkin ada peluang kerja kosong yang ditawarkan. Jangan terlepas peluang yang ada kerana yang rugi bukan saya tetapi anda ! Adakah anda pilih kerja di PBT atau Agensi Kerajaan? Kongsikan di ruang komen dibawah

13 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.