Buat Duit Dengan Jual Beli Perkhidmatan Dengan Mudah

Buat Duit dengan Jual Beli Perkhidmatan jika anda belum mula buat bisnes ? Dalam dunia serba canggih ini pelbagai bisnes mudah boleh anda mulakan, dari modal berjuta atau tanpa modal. Tetapi untuk mulakan bisnes tidak kira modal berapa pun ilmu di dada amat penting, tanpa ilmu bisnes anda mungkin tersungkur lebih awal.

 

Buat Duit Dengan Jual Beli
Buat Duit Dengan Jual Beli

 

Kali ini saya ceritakan Pusat Jual Beli perkhidmatan atas talian ( online ) iaitu iLancee.com. Pasti anda tertanya apa itu iLancee kan? iLancee.com di ambil dari dua perkataan iaitu “I Freelancer”. Jika anda salin dan tampal di terjemahan google ia bermaksud “ Saya menawarkan perkhidmatan bebas ”.

 

Jadi, bila ia dipendekkan, ia menjadi iLancee.com. Begitulah sejarahnya pemilihan nama iLancee.com. Untuk ketahui lebih mendalam Daftar percuma dahulu di iLancee. Pendaftaraan anda disana adalah PERCUMA.

 

Konsep perkhidmatan di iLancee gunakan adalah BAYAR KUNCI LEPAS. Jadi pengguna boleh berbelanja beli perkhidmatan di sini dengan mudah dan selamat.

 

iLancee ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan-usahawan digital micro dalam memulakan kerjaya atau bisnes dan membantu menolong sesiapa yang ingin kembangkan bakat dalam kemahiran yang ada. Ini kerana penjual hanya perlu ada kemahiran dan sedikit modal sahaja untuk buat duit iLancee.

 

Sasaran pengguna iLancee adalah blogger yang ingin tambah pendapatan, orang awam yang ingin mencari servis dengan selamat dan sebagainya.

 

Bagaimana buat duit dengan Jual Beli di iLancee ni ? 

 

Di iLancee, anda boleh buat duit dengan menjual kemahiran atau perkhidmatan yang anda ada. Sebagai contoh anda berkemahiran dalam bina blog, website, reka grafik dan sebagainya, anda boleh senaraikan kemahiran anda di sini.

 

Jika perkhidmatan yang anda tawarkan adalah menarik, pasti anda mudah dapatkan pembeli dengan cepat dan banyak.

 

Langkah 1: Bina perkhidmatan baru yang anda ingin tawakan.

Langkah 2: Kongsikan perkhidmatan anda di laman sosial.

Langkah 3: Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah perkhidmatan anda.

Langkah 4: Selepas anda siapkan kerja, kami akan lepaskan duit anda sebanyak 80%.

Langkah 5: Keluarkan melalui akaun bank anda.

Langkah 6: Gunakan duit anda.

 

Format jualan yang digunakan di iLancee adalah seperti berikut:

  • Saya akan membina web untuk anda dengan RM35
  • Saya akan jual 1000 koleksi grafik kepada anda dengan RM50

 

Perkhidmatan yang tidak diterima di iLancee

  • Perkhidmatan rumah sewa/kereta dan sebagainya
  • Jualan produk fizikal seperti ubat, selimut dan sebagainya (kecuali kraftangan)
  • Jualan makanan dan seumpamanya

 

Kenapa ada bayaran untuk jadi Penjual servis ? Anda pasti pertikaikan perkara ni kan, ada beberapa sebab kenapa anda perlu bayar untuk jual.

 

Antaranya adalah:

  • Kurangkan persaingan diantara penjual. Hanya penjual serius sahaja akan dapat menjual servis di iLancee.

 

  • Dapat tapis penjual dan servis yang berkualiti.

 

  • Membantu iLancee dalam bajet untuk tingkatkan pemasaran laman web ini.

 

  • Pembeli akan dapat servis dan Penjual yang betul-betul membantu.

 

Laman iLancee ni hanya disasarkan untuk pengguna di Negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei sahaja. Ia bukan sasaran untuk seluruh dunia. Jadi, pihak iLancee dapat tapis mereka yang betul-betul serius dalam jana pendapatan di sini.

 

Kelebihan Buat Duit dengan Jual Beli di iLancee.

Pengguna tidak perlu bersusah payah promosi servis sendiri kerana melalui iLancee pembeli akan mencari servis anda. Tetapi alangkah baiknya jika anda promosi juga servis-servis anda di blog dan lain-lain.

 

Anda pasti perlukan ilmu ini juga, iaitu Rahsia Internet. Ilmu ini dalam bentuk ebook dan saya ingin berikan kepada anda secara PERCUMA.

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.