Bisnes Di Facebook Menjadi Pilihan Usahawan Online

Bisnes di Facebook telah popular di kalangan usahawan Online di Malaysia, tidak kira yang baru belajar berniaga mahupun mereka yang sudah lama “otai”. Jangan sesekali menggunakan cara salah pemasaran di FB.

 

Platform Facebook telah menjadi medan perniagaan online yang aktif walaupun tujuan asalnya adalah untuk bersosial. Menggunakan medium Facebook untuk mendapatkan duit ? Ya, semua orang kini boleh bisnes di Facebook. Apa yang perlu untuk hasilkan duit ialah produk atau servis.

 

Bisnes Di Facebook
Bisnes Di Facebook

 

Konsep di mana terdapat ramai orang, maka akan terdapat ramainya prospek yang mana berpotensi menjadi pelanggan. Maka, tidak hairanlah para usahawan menggunakan kelebihan buat duit dengan berniaga di Facebook untuk dapatkan pembeli bagi produk mereka.

 

Kini untuk mendapatkan produk semakin mudah malah ada yang tanpa modal. Konsep berniaga semakin dipermudahkan. Orang kita juga kini semakin yakin serta semakin ramai membeli belah secara online serta jarak jauh. Jadi, di mana sahaja lokasi anda tidak menjadi masalah. Pasaran anda juga semakin luas. Jadi, apa tunggu lagi. Jom mulakan Bisnes di Facebook sekarang !

 

Sejauh mana, konsep jana pendapatan Bisnes di Facebook ini berkesan ?

 

Jawapannya terpulang pada anda. Jika anda menggunakan pendekatan berkesan dan berjaya menarik lebih ramai pengguna Facebook menjadi pelanggan anda, maka jual beli di Facebook memang menguntungkan lagi menjimatkan.

 

Pun begitu, ramai juga buntu. Produk sudah ada, pasaran memang ada tapi tidak berjaya mendapat pembeli. Untuk berjaya tidak akan dapat dikecapi dalam masa sehari dua. Ianya adalah suatu proses yang perlu anda tempuhi. Mereka yang kini berjaya pun pernah mengalami proses buntu seperti anda juga.

 

Sebaliknya, taktik dan teknik anda tidak berjaya memujuk pengguna Facebook memberikan duit kepada anda untuk produk atau servis yang anda tawarkan, maka anda perlu mencari stratergi pemasaran Facebook yang lebih berkesan.

 

Mereka yang telah berjaya kini adalah kerana berjaya belajar dari situasi itu serta tidak jemu
menimba ilmu. Apa yang anda perlu buat ialah selongkar rahsia, tips dan taktik mereka. Aplikasikan dan perluaskan pelbagai stratergi berjaya menjual itu. Kenal pasti stratergi yang menjadi dan mengulangi proses itu sehingga terbukti. Maka, proses ini kini menjadi resepi kejayaan anda suatu hari

 

Rezeki Allah Maha Luas dan ada di mana-mana. Tidak kira berniaga di Facebook mahupun di platform lain, jika memang kena dengan caranya serta memang rezeki anda, maka anda pasti dapat menghasilkan jualan. InshaAllah.

 

Saya berasa berbesar hati ingin memberi kepada anda Ebook PERCUMA Lariskan Jualan Di Facebook ni hanyalah sebagai pemanas minda anda. Saya cuba memberikan anda cadangan dan idea untuk anda memperhalusi serta meluaskan skop, stratergi dan teknik yang berkesan supaya dapat diaplikasikan dengan cara yang benar, sesuai dengan perniagaan anda.

 

15 Strategi Bisnes di Facebook yang akan didedahkan,

Di antara tajuk yang menarik dalam laporan PERCUMA tersebut ialah :

 

  • #Strategi 1 – Bina Brand, Populariti dan Kredibiliti
  • #Strategi 2 – Tarik Trafik Kualiti dan “Targeted”
  • #Strategi 3 – Tangkap Prospek Berkualiti
  • #Strategi 4- Bina Hubungan Berkesan
  • #Strategi 5- Gubah Ayat Power Menjual
  • #Strategi 6 – Buat Offer Impak Maksima
  • #Strategi 7 – Beri Kejutan demi Kejutan
  • #Strategi 8 – Testimoni Berkesan dan Berterusan
  • #Strategi 9 – Kemahiran “Close Deal” Berkesan
  • #Strategi 10 – Beri Khidmat Pelanggan Tip Top
  • #Strategi 11 – Bina Pelanggan Tegar
  • #Strategi 12 – Jalin Kerjasama (JV)
  • #Strategi 13 – Buat Bajet untuk Pemasaran
  • #Strategi 14 – Bertindak segera, usah berlengah
  • #Strategi 15 – Fokus, ushakan sampai menjadi

 

Diharapkan, anda berjaya menghasilkan jualan demi jualan serta dapat memajukan perniagaan anda dengan memanafaatkan segala kelebihan yang ada pada medium Facebook ini.

 

Selamat maju jaya. Semoga anda berjaya menjadi usahawan terbilang dengan konsep “jurujual terbilang”.

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.