Tips Mudah Promosi Bisnes Sim Kad

Kali ini saya nak kongsikan tips mudah promosi bisnes sim kad. Saya yakin pasti ramai yang tercari-cari bisnes mudah untuk disertai bagi menambahkan lagi pendapatan, contoh bisnes yang tengah popular sekarang ni ialah  OneXoX dan program referral penjualan sim kad Tune Talk Tone Excel.

 

Adakah anda susah hendak cari pelanggan ? Walaupun seorang sebulan, ini soalan yang selalu ditanya oleh mereka yang telah sertai atau pun yang ingin sertai program ini

 

MACAM MANA NAK ATASI ? itu persoalanya.

Baca apa yang saya kongsikan ini dengan penuh kefahaman anda supaya apa yang dikongsi akan membantu anda untuk capai Rahsia Kejayaan dalam bisnes.

 

  • Sentiasa Belajar teknik-teknik pemasaran terkini – Banyakkan membaca dan mencari ilmu-ilmu pemasaran baru kerana trend pemasaran terkini boleh membantu anda mengenali pasaran dan mengenali prospek-prospek baru.!

 

  • Perlu pengorbanan masa dan wang untuk promosi sama ada offline atau online -Buat banner-banner & poster yang sentiasa dikemaskini. Kalau boleh biar banner kita lain daripada orang lain dari segi design dan ayat promosi.!

 

  • Sentiasa komited dengan bisnes. Jangan cepat putus asa. Memang ada yang berjaya dalam masa yang singkat tapi tak semua dapat peluang begitu. Usaha berterusan amat penting.!

 

  • Pastikan kita mempunyai pelan sendiri untuk melakukan promosi…Tulis apa yang perlu buat setiap hari…Tulis tau…jangan hanya bayangkan saja…

 

  • Sentiasa menghadiri preview bisnes di branch atau tempat-tempat mengadakan bisnes preview untuk memastikan semangat kita berterusan!

 

  • Berkawan dengan ahli-ahli yang telah sertai dan juga yang positif serta aktif, sentiasa bertanya mereka jika kurang faham. Tak kira samada secara online atau offline.

 

Tip Mudah Promosi FOCUS For TARGET Freedom

Tip Mudah Promosi
Tip Mudah Promosi

 

Boleh faham ke apa yang telah saya kongsikan ini? Pasti anda akan cakap, ringkas sangat macam tak faham apa pun. Ok, saya ingin tanya beberapa soalan kepada anda pula.

  • Berapa lama anda dah join?

 

  • Berapa orang anda dah kenalkan?

 

  • Bagaimana cara anda kenalkan?

 

  • Apa yang anda katakan semasa kenalkan?

 

  • Apa ayat terakhir anda jika orang yang anda kenalkan itu tak berminat?

 

Keputusan: Biasanya anda yang rasa susah ini bukan dari faktor luaran. Ianya bukan dari orang yang anda jumpa itu. Ianya susah dari faktor dalaman. Anda sebenarnya yang tak mahu berkongsi cerita. Jika nak berkongsi pun cara anda silap.

 

Malah lebih menyedihkan bila ditanya soalan ni,

“Boleh beritahu bagaimana anda buat untuk perkenalkan simkad Tone Excel ini ?”

Jawapan: Saya tak buat apa-apa.

 

Merungut mahukan pendapatan dari bisnes ini tapi tak mahu berusaha. Jika tak buat apa-apa takkan mereka mahu bayar anda? Nak makan gaji buta mesti anda pun tak mahu kan? Kalau rasa susah buat sales. Datang preview. Dengar dan belajar “killer point” yang anda boleh beritahu prospek anda.

 

Lepas preview, jangan kalut nak balik. Sembang dan tanya apa yang tak faham. Ini namanya proses belajar. Kenalpasti masalah diri anda dulu sebelum anda nak selesaikan masalah prospek anda.

 

Sampai sini sahaja perkongsian ini, Fahamkan dan Cuba. Ok

Adakah anda masih tercari ilmu mudah untuk promosi produk atau perkhidmatan di FB? saya nak cadangkan anda cuba download ebook 15 Strategi lariskan Jualan di FB ni, pasti akan membantu.

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.