Disebalik Bisnes Topup Di Rumah
|Saya bukan nak cerita tentang bisnes topup dirumah tetapi saya ingin jelaskan pengertian apa itu bisnes. Kenapa bisnes ini penting kepada anda ? Sebelum itu jika anda tercari bisnes Topup boleh dapatkan info melalui group telegram ni HafiszReload .

Semua orang sudah sedia maklum tentang perkara ini, “9/10 Rezeki Adalah Menerusi Bisnes”. Saya pasti, anda yang membaca juga sangat setuju dengan kenyataan ini. Jika anda sudahpun menceburi dunia bisnes tidak kira bisnes topup di rumah, syabas saya ucapkan dan saya doakan perniagaan anda akan terus bertambah maju.
Manakala, bagi anda masih lagi belum memulakan perniagaan. Saya harap jangan terlalu fikir lama, mulakan dari bisnes sampingan dahulu kemudian baru tumpukan untuk sepenuhnya kepada bisnes sebagai sumber pendapatan. Malah di blog ini akan datang, saya akan kongsikan pelbagai bisnes boleh anda sertai.
Adakah anda sekarang masih makan gaji ?
Kenapa perlu tukar dari makan gaji ke dunia keusahawan?
Sememangnya, untuk tukar dari dunia makan gaji kepada dunia keusahawanan iaitu bisnes, ianya adalah satu proses pertukaran yang agak besar. Ianya memerlukan kepada cara berfikir serta bertindak yang sangat berbeza.
Oleh itu persediaan yang mantap, sama ada dari segi ilmu, emosi dan fikiran, perlu dilakukan sebelum proses pertukaran boleh dilakukan. Jika ingin menjadi kaya, perniagaan adalah jalan yang terbaik untuk memperolehinya.
Namun begitu, ada sesetengah fikiran di dalam masyarakat, mengatakan.
“Tak perlulah nak bisnes-bisnes ni, kerja macam biasa je pun dah ok! Asal cukup makan, pakai dan ada duit belanja sikit, cukuplah tu. Buat apa nak kaya sangat? Bukan boleh bawa ke kubur pun duit banyak-banyak tu!”
Saya pasti, anda bukanlah orang yang berfikiran seperti ini. Orang yang berfikiran seperti ini menunjukkan diri mereka adalah golongan orang yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Seumur hidup mereka, mereka hanya fikirkan tentang keperluan mereka sahaja.
Tentang keperluan orang lain seperti anak-anak yatim? fakir miskin? Dan sebagainya, tidak langsung mereka fikirkan. Sebab itu mereka sering mengatakan.
“Asal cukup makan, cukuplah tu”
Ubah fikiran anda mulai sekarang dan terus mulakan perniagaan atau bisnes yang mudah. Hanya anda yang tentukan masa depan hidup dan kejayaan anda.
Saya minat dgn perniagaan 100%.. Walaupun masih belum betul2 berjaya. hehe
Tp xper , teruskan usaha. Never Give Up !
Betul kata tuan,mulanya perniagaan kecil kalau sudah memahami pasaran baru diperluas.
Cerita tentang bisnes, kalau kita berbisnes sebab nak kaya… betul. Tapi lebih cantik kalau ada sikit penambahan. Buat bisnes sebab nak tolong orang. Bisens topup pun cantik gak. Bantu orang topup dikala kesusahan mencari kedai topup. Saya gembira dapat buat bisnes topup dari rumah je..
bisnes satu cara untuk menjadi jutawan.
Zaman sekarang kalau tak ada pendapatan tambahan, sesak juga. GST 6% tetapi gaji naik 4% sahaja. Tak cukup. Tetapi apa kita boleh buat selain cari pilihan lain buat duit tambahan.