Maksud Rezeki Dan Doa Dimurahkan Rezeki Allah
|Maksud Rezeki dan Doa Dimurahkan Rezeki Dari Allah serta apakah reaksi kita apabila terbaca ataupun baru selesai membaca sesuatu mengenai rezeki dari Allah ? Pasti kita akan terfikir sejenak rezeki yang kita perolehi sekarang ini adalah sudah ditentukan oleh maha esa.
Saya harap anda yang sedang membaca artikel ini sudi berkongsi pendapat tentang keajaiban rezeki yang dilihat depan mata atau yang telah anda rasai nikmatnya sendiri. Sebelum itu mari kita baca doa dimurahkan rezeki.

Saya akan berkongsi apa makna atau maksud rezeki yang telah saya dapat dari ilmu yang disampaikan oleh mereka yang menguasai dalam bidang ini. Sebenarnya, rezeki itu luas maksudnya.
Maksud rezeki sangat luas malah boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek. Rezeki bukan hanya tertakluk kepada duit sahaja semata-mata.
Rezeki meliputi makanan, pakaian, kesihatan, rumah yang luas, kenderaan yang selesa, isteri-suami yang soleh, anak-anak yang soleh malah juga termasuk dengan badan yang sihat, mampu tersenyum, dipermudah urusan untuk melakukan tugasan atau pergi ke sesuatu tempat, dan dapat tidur dengan lena.
Perkataan rezeki berasal daripada perkataan arab “rizq”, yang secara literalnya bermaksud “sesuatu yang diberi atau dikurniakan”.
Maha Esa adalah pemberi rezeki yang mutlak dan memberi sesiapa sahaja rezeki-Nya. Sama ada umat Islam atau bukan Islam. Ia adalah refleksi kepada sifat Maha Esa, iaitu Maha Pengasih dan Maha Pemberi.
Tetapi dengan sifat yang Maha Memberi Rahmat, ia khas untuk umat Islam sahaja. Oleh sebab itu, hanya umat Islam yang terpilih peroleh Rahmat dari Maha Esa. Iaitu rezeki yang penuh rahmat dan keberkatan dalam hidup.
Antara secebis contoh rezeki yang dapat saya berikan seperti hari ini telah dirancang untuk pergi ke rumah sahabat tetapi ada sesuatu yang berlaku. Jadi hasrat untuk menziarahi sahabat terbantut dan tidak dapat pergi.
Situasi ini juga boleh dinamakan rezeki. Rezeki kita untuk ke rumah sahabat tidak dapat diteruskan kerana telah ditentukan Maha Esa. Namun, pasti ada hikmahnya disebalik kenapa kita tidak dapat pergi kesana. Maha pemberi rezeki sedang merancang sesuatu yang lebih baik.
Selain itu, zuriat atau anak juga boleh dikatakan rezeki. Pasti anda pernah dengar perkataan ini ” ada nanti rezeki anak “. Rezeki anak boleh dikatakan rezeki akan bertambah bila anda perolehi anak.
Kita peroleh tawaran perniagaan mudah yang mampu memberi pulangan lumayan tiap bulan. Ia juga dinamakan Rezeki. Ia dinamakan rezeki daripada segi kewangan.
Sebenarnya makna Rezeki mempunyai makna yang luas, yang tidak tertumpu dari segi kewangan sahaja. Oleh itu kita perlu bersyukur setiap pintu nikmat rezeki allah yang telah dikurnaikan kepada kita.
Terima kasih di atas info tentang rezeki di atas tuan. Semoga kita sama-sama dapat menyelami kaedah menjemput rezeki dengan cara yang dituntut oleh agama kita ya 🙂 In Sha Allah
Secara tidak langsung banyak kenikmatan (Rezki) dari Allah yang dilupakan,
terima kasih dengan perkongsian nie.. semoga tuan dimurahkan rezeki
setuju sangat rezeki sangat luas maksudnya seluas rezeki yang Allah kurniakan kepada manusia..jika kita nak mensyukuri nikmat dan rezeki yang Allah beri ni tak cukup saat kita nak ucapkan alhamdulillah..rezeki hidup, rezeki kesihatan, rezeki akal, rezeki udara untuk bernafas, rezeki bumi untuk dipijak, rezeki keluarga..Allahuakbar luasnya rezekimu Allah..
rezeki akan hadir pada orang rajin berusaha, berdoa dan bersedekah 🙂
rezeki yang sangat orang mahukan adalah duit..bila lepas soal duit maka kehidupan lagi lebih mudah kerana duit satu alat yang hebat dalam menjalani kehidupan ini..
Mudahnya menjemput rezeki bila kena dengan caranya. Sesungguhnya semuanya bergantung kepada Allah sama ada Allah nak bagi atau tidak, ada manfaat yang mungkin kita tidak ketahui…
Wallahu Khairur Roziqin…
Betul tu..rezeki meliputi semua aspek
rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk.anak pun rezeki juga kan!
Itu nama dai DUIT. Doa Usaha Iktiar dan Tawakkal….