Perniagaan Yang Mudah Dilakukan
|Perniagaan Apa Yang Mudah ?
Soalan ni yang sering timbul dalam fikiran anda yang baru nak mulakan perniagaan. Betul tak. Persoalannya bagaimana ingin memilih sesuatu perniagaan yang mudah dan selamat ? Betul ke nak berkerja sendiri atau mencari pekerjaan je ?

Dari dulu sampai sekarang saya atau sesiapa sahaja mesti perlu menolak setiap pelawaan atau ajakan dari sahabat atau sesiapa kita kenal, bila mereka mengajak kita kedalam perniagaan mereka. Bukan tidak ingin sertai tetapi terlalu banyak yang mempelawa, tidak dapat buat pilihan yang mana satu.
Jadi selama ini saya tolak satu persatu, boleh dikatakan semuanya tidak lepas dari penolakan saya ini. Mungkin tolakan saya ini terlalu kuat dan secara baik.
Adakah anda ingin mula sesuatu perniagaan yang mudah.
Pendapat saya malah semua orang pun begitu saya rasakan. Jangan pilih modal terlalu besar, sehingga ramai orang yang tidak mampu menyertainya. Jika bawah RM100 rasanya ok tetapi jika lebih besar rasanya.
Sebab jika perniagaan itu besar modalnya, ada kemungkinan untung besar dan juga ada kemungkinan rugi besar. Biasanya jika perniagaan tersebut modalnya kecil, maka kemungkinan untung kecil dan rugi pun kecil. Betul atau Tidak.
Network atau rangkaian pula ada berbagai jenis. Ada yang bermula dengan modal besar dengan bulanan pun besar berkemungkinan untung besar (1%) dan rugi pun besar (99%).
Tetapi kini sudah tiba satu bisnes yang saya cari selama ini, sebab ia jarang sekali muncul kerana modal kecil bulanan pun kecil ikut kegunaan. Mengenai risiko pun kecil tetapi pasaran sangat besar, maka ia berkemungkinan rugi sedikit tetapi untung mungkin sangat besar jika usaha lebih.
Selepas saya memahami mengenai perniagaan tersebut, saya akan lihat sama ada perniagaan yang mudah atau susah. Jika saya sertai, adakah saya berniat ingin taja ibu, anak dan isteri saya terlebih dahulu?
Jika ya, saya faham perniagaan tesebut adalah perniagaan yang mudah pada dasarnya dan baik. Jika tidak, itu petanda perniagaan tersebut tidak baik bagi saya. Sebab apa? Jika kita beri kebaikan pada orang, duit mudah untuk datang kepada kita. Tetapi jika kita beri keburukan pada orang, duit lari daripada kita.
Contohnya,
kita sertai satu perniagaan katakan. Ceritanya semuanya baik-baik belaka, ingin sertai perlu bayar RM500 katakan dan setiap bulan RM300 apa lagi kita pun sertai, sebab dengar berbagai kebaikkan dari segi produknya.
Lepas itu, soalan seterusnya adakah kita taja anak, isteri dan ibubapa kita katanya produk tersebut banyak kebaikkan? Jika tidak taja, sebenarnya kita telah ketahui yang produk dan perniagaan itu hanya baik dari kata-kata. Tetapi tidak baik dari segi hakikatnya.
Jika betul baik sudah tentu kita ingin ahli keluarga kita dulu mendapat kebaikkan. Tetapi tidak, kita tidak taja sebab jika kita taja kesemua anak, isteri dan ibu bapa kita. Kemungkinan bukan kebaikkan yang dapat tetapi bala yang sampai.
Jika perniagaan itu tidak baik, maka berapa banyak sekali pun perniagaan yang kita sertai hampir mustahil untuk kita berjaya.
Tidak percaya tanya sahabat kita yang sudah banyak sertai perniagaan atau bisnes networking ini. Ada tidak mana satu dari perniagaan yang pernah mereka sertai, balik rumah terus suruh anak-anak, isteri, ibu-bapa, dan adik beradik untuk sertai perniagaan tersebut.
Jawapannya, dalam banyak perniagaan tersebut satu pun hampir tiada.
Itulah salah satu perkara kenapa ramai diantara kita, sudah berpuluh perniagaan yang disertai tetapi satu pun tidak menjadi. Cerita melangit tinggi, punyalah bagus perniagaan tersebut tetapi kesudahannya dia sendiri yang tidak mengusahakannya lagi.
Selang beberapa ketika, dia buat satu lagi perniagaan tetapi tidak sampai setahun. Bila kita jumpa dan bersembang dengan dia, apa cerita sudah buat bisnes lain pula. Yang lama apa cerita, maka dia akan menjawab seribu satu alasan untuk seseorang yang sentiasa mundur.
Syarikat itu tidak bagus, upline tidak tolong, produk susah jual,downline pemalas, tidak mahu bergerak sendiri dan macam-macam alasan. Mana satu yang salah, diri sendiri pun tidak usaha yang disalahkan semua orang.
Berbalik pada perniagaan yang saya selalu tolak menolak itu. Dalam banyak-banyak perniagaan yang mudah saya tolak maka terlepaslah satu perniagaan yang mudah bagi saya ialah Dealer OneXoX.
Ini merupakan perniagaan yang telah bermula dengan cara offline, dan maju kehadapan juga dengan cara offline. Dalam 3 tahun kebelakangan ini sudah hebat di online kerana platform berniaga di Facebook mendapat tempat ramai usahawan baru.
perkongsian yang menarik…dlm perniagaan tidak kira online atau offline usaha dan doa sangat penting….terima kasih…
doa dan tawakal harus ada dalam diri supaya kita selalu ingat pada maha pemberi rezeki iaitu allah
artikel yang menarik tuan
terima kasih onlajer. Biasa-biasa sahaja artikel ini.
Terkadang kita perlu membina perniagaan sendiri tanpa bergantung dengan orang lain,meski ianya perniagaan kecil tetapi ia boleh membawa kepada perniagaan yang lebih besar.
pelbagai perniagaan yang mudah boleh kita buat, seperti en. abdur katakan itu memang betul. Buat perniagaan sendiri
saya memang teringin untuk melakukan perniagaan yang mudah..
Banyak jenis perniagaan sekarang ni, kena pandai memilih supaya tidak tertipu
Nak berbisnes ni kena ada mentor dan kena ada ilmu baru boleh maju. Banyak juga ilmu yang saya dapat masa buat MLM dulu….