Cari Kerja Tetapi Fikiran Negatif

Adakah kita Mempunyai Simptom Orang Menganggur Ini? Cari kerja setiap hari tetapi dalam fikiran masih negatif.

Perkongsian ini akan menyakitkan hati pembaca. Saya tidak akan berselindung di sebalik kata-kata manis tetapi akan memberikan  fakta seadanya. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Sebab itu kadang-kadang kita tidak perasan walaupun dekat dengan hati.

Cari kerja fikiran negatif

Sebagai contoh, sebab kenapa ada yang susah untuk dapat kerja.

Untuk mengetahuinya, kita kena jujur dengan diri kita sendiri supaya kita ketahui apa yang berlaku. Bila kita jujur sahaja pintu peluang akan dibuka.

Apakah simpton orang menganggur ini?

Cuba fikir situasi ini. Bila kita tidak ada kerja, kenalah cari kerja kan?

Berapa banyak tawaran yang terbuka?

Berapa banyak yang kita cuba telefon untuk dapatkan maklumat?

Cuba jujur dengan diri sendiri. Berapa? 1? 2? 20? 200? Sindromnya ialah Menyerah terlalu awal.

Menyerah TERLALU AWAL.

“Ah syarikat tu tak nak saya…”, “Alahai dia nak Cina je…”, “Teruklah ‘interviewer’ tu…”, “Takutlah… takpelah…”, “Rasa tak mungkin dapat ni…”, “Offer tak datang lah…”

Macam-macam alasan diberi bila tidak mendapat peluang pekerjaan. Masing-masing ada alasan. Alasan itu hanyalah ALASAN. Alasan tidak boleh berbuah menjadi duit. Cakaplah apa pun, bila kita beri alasan. Anda tidak akan ke mana.

Cari Kerja Tetapi Fikiran Negatif

Mengeluh, tak mengapa. Biasalah. Susah cari kerja. Tetapi terus berusaha. Jangan tunduk kepala tetapi dongakkan kepala kita dan gapai kerja itu. Jika kita layak, USAHA akan memastikan kita berjaya mendapat kerja.

Anda PASTI rasa takut.

Anda PASTI rasa segan.

Tangan menggeletar masa temuramah? Itu perkara biasa. Yang penting ialah anda munculkan diri anda dalam temuramah dan lakukan yang terbaik. Ada strategi, taktik dan senjata yang boleh kita gunakan untuk lebih berjaya
dalam mencari pekerjaan.

Dan apabila kita gunakan strategi, taktik dan senjata itu, peluang untuk kita berjaya akan menjadi semakin tinggi.
Jika sudah baca sampai sini dan ingin katakan. “Saya sudah cuba sehabis baik  tetapi tidak dapat-dapat!”

Fikir dan Renungkan

Atau baca Ebook ini Teknik Efektif Mencari Kerja

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.