Nama Domain Berkesan

Tips Memilih Nama Domain Yang Berkesan.

Terima kasih kerana  sudi membaca artikel saya ini. Saya ingin konsgikan tips berkaitan nama domain berkesan. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda pertimbangkan apabila memilih nama domain untuk website anda, selamat membaca.

Akhiran yang baik.

Pada masa kini, akhiran “.com” masih menjadi pilihan yang terbaik bagi sesuatu nama domain. Sebagai contohnya, jika kita mencari sesuatu website dan kita hanya mengingati nama website tersebut, adakah kita akan mula mencari website tersebut dengan menaip “xxxxx.info” terlebih dahulu? Tidak bukan? Pastinya anda akan cuba menaipnya seperti berikut “xxxxx.com” terlebih dahulu

Jadi, cubalah dapatkan nama domain yang berakhir dengan “.com” seboleh-bolehnya untuk website. Tetapi, jika setelah penat berusaha dan masih tidak berjaya mendapatkan nama yang sesuai untuk website yang berakhiran dengan “.com” , nama domain yang berakhir dengan “.net” juga boleh dipertimbangkan.

Sebenarnya, kita juga boleh menggunakan akhiran “.biz” , “.info”, “.org” atau “.tv” untuk nama domain website, tetapi pastikan terlebih dahulu mempunyai alasan yang kukuh sebelum memilih nama domain yang berakhiran sebegitu.

Contohnya, jika kita ingin mencari nama domain untuk website syarikat televisyen, nama domain yang berakhir dengan “.tv” pastinya akan lebih berkesan.

 

Pendek

Nama domain yang pendek adalah lebih mudah untuk diingati, dan ia sekaligus mengurangkan keberangkalian kesilapan orang ramai untuk menaipnya. Jadi dapatkanlah nama domain sependek yang mungkin. Sebolehnya hendaklah kurang daripada 13 huruf (tidak termasuk akhiran .com). Ini kerana, menurut kajian psikolgi, seseorang lebih sukar/malas atau kerap salah apabila ingin mengeja perkataan yang melebihi 13 huruf.

Tetapi, jika tidak dapat juga. Menggunakan dua atau tiga patah perkataan untuk nama domain anda juga masih kelihatan menarik dan mudah diingati.

 

Elakkan Nombor

Nama domain yang mengandungi nombor juga seboleh-bolehnya dielakkan. Ini kerana, nama domain yang mempunyai nombor boleh mengelirukan jika ianya cuba disebarkan kepada orang ramai melalui mulut ke mulut atau suara (radio), ini kerana laman web seperti www.anda2u.com mungkin akan disebut sebagai “anda to you” atau “anda dua you” atau.. “anda to you.. to tu dua tau.. nombor dua.. paham tak?”..

Aduh.. sungguh mengelirukan, kecuali jika ia ditulis dan disebarkan melalui medium yang dapat dilihat seperti tv atau poster.

Nama Domain Berkesan

Buat pemilihan nama domain yang terbaik untuk website kita kerana yang akan berjaya adalah kita sendiri.

 

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.