Miliki Domain Sendiri.

Beberapa hari yang lepas, saya telah memberikan anda sebuah artikel yang mengandungi tips-tips untuk memilih nama domain berkesan.

Sebagai tambahan, pada kali ini saya ingin berkongsi pula dengan anda mengenai sebab-sebab mengapa anda perlu mempunyai nama domain anda sendiri.

Semoga anda gembira membacanya, berikut adalah ” Sebab Mengapa Anda Perlu Memiliki Nama Domain Anda Sendiri”.

Seringkali saya terbaca orang bertulis “Mestikah saya mempunyai nama domain sendiri untuk website saya?”. Jawapannya… “YA! MESTI!”.

Tahukah anda? Jika anda meletakkan website anda di web hosting percuma, pihak yang mendapat manfaat yang paling besar sekali ialah syarikat web hosting tersebut.

Manakala, pihak yang mendapat manfaat yang paling kecil dan akhir sekali ialah… anda. Mengapa?

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang nyata mengapa anda perlu memiliki nama domain anda sendiri, antaranya saya kongsikan 2 sebab :-

Kredibiliti.

Jika anda menjual sesuatu barang ataupun menawarkan sesuatu perkhidmatan di internet. Langkah pertama, untuk anda membina kredibiliti anda adalah dengan memiliki nama domain anda sendiri. Dengan memiliki nama domain anda sendiri, pelawat-pelawat yang ingin menjadi pelanggan anda akan berasa lebih yakin serta selesa kerana mereka akan beranggapan mereka sedang berurusan dengan sebuah organisasi yang besar dan kukuh.

Seperti di dunia nyata, seseorang itu lebih yakin serta selesa untuk membeli sesuatu barang di kedai atau kaunter berbanding membelinya daripada orang-orang yang berkeliaran di tepi jalan atau kaki lima.

Tidak kira lah sama ada anda ingin menjual kerepek, buku, rumah ataupun mencari kenalan-kenalan baru untuk anda letakkan sebagai downline anda.. :-). Percayalah, memiliki nama domain sendiri, akan memberikan kesan yang besar terhadap kredibiliti anda di internet.

Profesional, mudah diingati serta pendek.

Apabila anda mempunyai nama domain anda sendiri, nama domain anda akan berbunyi http://www.websiteanda.com , berbanding jika anda mendapatkan perkhidmatan web hosting serta nama domain percuma, ia akan berbunyi..http://www.webhostingpercuma.com/akaunanda/websiteanda/.

Domain Sendiri

 

Jadi, yang mana satukah yang kelihatan lebih profesional, ringkas dan udah diingat? Saya pasti anda tahu jawapannya..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.