Cara Salah Pemasaran Di FB

Hari ini saya dapat belajar sesuatu yang berguna tentang bisnes dan pemasaran.

Lebih tepat lagi pemasaran yang melibatkan penggunaan platform FB. Sekarang ni saya lihat, terlalu ramai yang gunakan cara salah pemasaran di  FB untuk tujuan pengiklanan.

Kadang-kadang tu saya sendiri rasa meluat. Bila buka FB penuh dengan status updates dari kenalan yang berbaur iklan. Kalau iklan yang berbeza tu masih kira bagus lagi, tetapi kebanyakkan iklan yang saya baca, semuanya gunakan ayat yang sama.

Pukul 2 petang.

Tiba-tiba saya lihat ada ada email notification dari facebook yang memaklumkan ada orang berminat nak tambah saya jadi rakan.

Memandangkan saya tak kenal dia, jadi sengaja saya lengah-lengahkan masa untuk approve friend request tersebut.

Tak sampai berapa minit, orang yang sama hantar personal message di inbox saya

Come join progrem ni,,Buat duit hya mngunakn Hanphone,,Smbil sambil santai2,,modal trllu kcil,,income m$$yukk ari2,,jka dbandingkn progrem yg len trllu besar,,Nk thu”Klik xxxxxx

Alahai…

Ko nak kawan dengan aku sebab semata-mata ko nak duit aku je ke?

Ko nak berkenalan dengan aku sebab ko rasa aku boleh bagi kebaikkan kat ko, macam tu?

Kalau saya nak komen dari segi copywriting… hancur.

Dengan susunan ayat berterabur. Tak ada salam. Ejaan tak betul. Orang macam ni memang saya tak minat nak jadikan kawan.

Esok-esok, habis inbox saya penuh dengan dia punya mesej iklan je.

Kira macam spammer la ni.

Tindakan saya seterusnya… saya terus block pengguna FB ni. Biarlah. Tak dapat sambung silaturrahim dengan dia ni pun tak apa.

Adakah anda juga lakukan kesilapan yang sama?

Kalau dah pernah buat kesilapan macam ni, tolong hentikan. Belajar kaedah pemasaran yang lebih berkesan dan efektif.

Biar lambat, asalkan jalan yang kita pilih tu nanti selamat.

Yang penting sekali ialah perkara asas. Janganlah sampai perkara yang asas pun teruk.

Baru-baru ini saya telah buka satu tawaran untuk belajar teknik pemasaran emel. Pada luarannya, ia mengajar bagaimana menggunakan kaedah pemasaran emel sebagai salah satu senjata pemasaran anda.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama saya turut selitkan modul untuk hasilkan kempen pemasaran yang berkesan. Salah satu sebabnya ialah, kes-kes macam ni la.

Mengarut je buat iklan dengan cara SPAM inbox orang.

Walhal, ada cara lain yang lebih berkesan dan effektif.

Jika anda benar-benar berminat nak pelajari teknik pemasaran emel, sila layari >> Teknik Emel PRO

 

 

Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Sabree Hussin. Merupakan seorang penulis blog sepenuh masa dan kini sedang membangunkan sebuah blog yang diberi nama Sistem Jualan PRO Review.

Anda boleh ikuti lain-lain penulisan beliau mengenai Sistem Jualan PRO dengan melayari laman blog beliau iaitu http://jualanproreview.com

 

 

 

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.