Tiada Istilah BERHENTI Dalam Pemasaran Online

Jam dah menunjukkan angka 9:27 PM pada waktu saya mula menaip entri ini. Sedikit sebanyak terkenang kisah-kisah lama. Teringat saat-saat manis, waktu mula-mula kenal, apa itu pemasaran online.

Semuanya bermula sekadar dengan suka-suka.

Nothing serious.

Waktu itu saya begitu teruja, mengumpul 0.015 USD, 0.10 USD, dan RM0.10 dari pelbagai program yang sekarang ni dah tak lagi wujud. Ada yang dah hilang ghaib entah ke mana selepas saya berpenat lelah lakukan pemasaran bagi pihak mereka.

Sebenarnya bukan sedikit saya dikecewakan dengan program buat duit online, yang akhirnya berakhir dengan tiada sebarang hasil. Imbuhan yang kononnya nak diberikan akhirnya lesap macam tu je.

Namun ini semua sebenarnya adalah asam garam, dalam bidang pemasaran online. Dari pengalaman tersebut, saya kini lebih kenal, mana yang serius akan membuat bayaran, dan mana satu yang scam.

Adakah dari pengalaman buruk ini, kita patut berhenti lakukan pemasaran online?

Ah… tak kan begitu cepat nak mengaku kalah. Tak kan begitu mudah nak lepaskan segalanya yang dah diusahakan tanpa mengira penat lelah.

No way.

Itulah yang saya katakan, tak ada istilah BERHENTI dalam bidang pemasaran online.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa saya sukakan pemasaran online. (pelik jugak dengan sesetengah orang yang masih lagi skeptikal dengan pemasaran online dan pandang rendah pada orang yang buat kerja-kerja online marketing macam ni)

Pada waktu anda membaca catatan ini, mungkin saya sedang tidur nyenyak.

Pada waktu anda membaca catatan ini, mungkin saya sedang seronok meluangkan masa bersama kawan-kawan atau bersama dengan keluarga.

… atau boleh jadi juga pada waktu anda membaca catatan ini, saya mungkin telah lama pergi dijemput oleh Ilahi.

Selagi mana laman web ini wujud di alam maya ini, selagi itu, usaha-usaha pemasaran saya diteruskan. Ia tak pernah berhenti.

Cuba bayangkan, kalau anda hasilkan halaman seperti ini, dan didalamnya anda isikan dengan maklumat tentang sesuatu produk. Setiap kali ada pengunjung melayari halaman yang anda hasilkan tersebut, anda akan menerima imbuhan dalam bentuk komisen atau upah.

Selagi mana laman web itu wujud, selagi itu anda akan menerima imbuhan.

Kalaulah semua orang nampak dan mampu bayangkan apa yang saya cuba sampaikan, saya percaya, pasti orang tak akan perlekehkan apa yang para pemasar online usahakan.

 

Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Sabree Hussin. Merupakan seorang penulis blog sepenuh masa dan kini sedang membangunkan sebuah blog yang diberi nama Sistem Jualan PRO Review.

Anda boleh ikuti lain-lain penulisan beliau mengenai Sistem Jualan PRO dengan melayari laman blog beliau iaitu http://jualanproreview.com

 

 

 

 

 

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.