Sistem Menjemput Rezeki.

Saya ingin kita bayangkan akan mengadakan satu majlis dan kita ingin menjemput seorang VVIP. Kita tidak boleh menjemputnya di tepi jalan. Kita tidak boleh menjemputnya hanya dengan SMS dan kita juga tidak boleh menjemputnya hanya dengan sampaikan melalui mulut sahaja.

Sebaliknya, kita perlu tulis satu surat atau kad jemputan. Untuk menjemput pula, penting melalui saluran yang betul. Tidak boleh terus kepadanya tetapi mungkin melalui setiausaha atau P.A. beliau. Dengan kata lain untuk menjemput VVIP ini bukan perkara remeh. Ada etika yang perlu dipatuh. Begitu juga dengan rezeki.

Hari ini saya akan terangkan secara ringkas apa terkandung dalam ebook Sistem Menjemput Rezeki.

Ebook Sistem Menjemput Rezeki mengandungi 3 bab.

Ebook ini ditulis untuk:

  1. Membantu mengghaibkan tekanan tentang bagaimana menjemput rezeki.
  2. Membongkar bagaimana mengubah kehidupan yang malang bertimpa-timpa kepada kehidupan yang blessing bertimpa-timpa
  3. Menjelaskan bagaimana kita boleh membina kekayaan dunia dan akhirat apabila berjaya menjemput rezeki yang diimpikan

Bab 1

  • Memberi pendedahan tentang bagaimana mengurus dan bina kekayaan apabila memiliki wang yang banyak.
  • Bagaimana untuk memiliki wang yang banyak dan hati yang lapang.
  • 6 Niat yang wajib ada untuk mencapai tahap kaya dan berjaya yang membantu percepat kekayaan dan kejayaan.
  • Bagaimana untuk mencapai matlamat dan sasaran hidup agar tidak sesat dalam mencipta kejayaan dalam kehidupan.
  • Bagaimana untuk menjadi luar biasa kerana … orang yang kaya dan berjaya itu sifatnya luar biasa.
  • Apakah maksud sebenar memiliki wang yang banyak? Penting meletakkan amaun untuk definisi ‘wang yang banyak’, agar kita boleh kesan bilakah perkara itu dicapai.
  • 5 Perkara yang perlu ada untuk berjaya dalam perniagaan.
  • 5 Hukum wang yang perlu kita pegang untuk menjadi orang kaya yang tenang.
  • Bagaimana menjadi Tuan kepada wang, bukan wang menjadi tuan kita. Agar biar wang bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk wang.
  • 4 Konspirasi besar yang perlu kita elak dalam menjana kekayaan.
  • Perbezaan yang perlu anda tahu antara orang biasa dan orang kaya.
  • Rahsia getaran untuk menjadi kaya dan berjaya. Bagaimana menjadikan diri kita mempunyai getaran yang menarik kekayaan.
  • Bagaimana dengan usaha yang sedikit kita boleh dapat keuntungan dan pulangan yang besar dan banyak.

Bab 2

  • Apa itu dialog dalaman dan bagaimana merealisasikan dialog dalaman kita.
  • 4 Pantang larang yang perlu dielak daripada melakukannya.
  • 2 Ayat Al-Quran yang boleh diamalkan bagi pelindung diri, keluar dan harta benda.
  • Apakah kaitan antara tidur dengan kejayaan hidup kita.
  • 5 Amalan dalaman untuk mencapai ketenangan, kekayaan dan kejayaan.
  • 3 Cara untuk bersyukur. Dengan bersyukur keras, rezeki kita menjadi deras.
  • Bagaimana membersihkan hati kerana hati yang bersih akan memudahkan rezeki datang.
  • Bagaimana menggunakan kuasa imaginasi untuk mencapai impian.
  • Bagaimana untuk memasang impian. Apabila impian kita semakin spesifik, ia akan lebih mudah untuk direalisasikan.
  • Bagaimana kita boleh menggandakan sedekah tanpa kerugian apa-apa, kerana sedekah ibarat umpan untuk memancing rezeki.
  • Teknik untuk mudah menyimpan.
  • Ilmu simpanan yang menguntungkan.
  • 3 Perkara yang ada dalam ilmu wang.
  • Bagaimana caranya untuk melakukan tindakan yang akan menghasilkan kejayaan.

Bab 3

  • 5 Sebab kenapa rezeki tersekat.
  • 4 Tanda yang menunjukkan rezeki yang diperoleh tidak diberkati. Rezeki yang tidak berkat selalu akan merugikan.
  • 4 Tanda bagi menunjukkan rezeki yang diperoleh itu halal.
  • 10 Cara untuk membuka pintu rezeki.
  • Kenapa kita perlu qiyamulail? Sekurang-kurangnya 2 rakaat.
  • Pembongkaran persoalan tentang rajin solat tetapi miskin.

Memang menarik isi kandungan yang terdapat dalam ebook ini. Jadi bagi mereka yang mempunyai masalah rezeki, ebook Sistem Menjemput Rezeki ini diharap dapat membantu.

Sistem Menjemput Rezeki

Terima kasih.

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.