Pintu Rezeki Maha Pemberi
|Dimana Pintu Rezeki Maha Pemberi yang akan anda temui ? Sebelum jumpa pintu rezeki, perkara yang tidak boleh anda sangkal secara majoritinya termasuk diri saya sendiri akan memikirkan soal rezeki lebih tepat lagi ialah cari duit. Duit menjadi keutamaan dalam segenap kehidupan dari kanak-kanak sehingga kepada orang tua.

Cuba anda fikirkan sejenak tentang rezeki, ada seseorang mengatakan bahawa ‘ Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat! ‘ Betul kan? Jadi jika itu rezeki anda, ia tetap akan jadi milik anda. Anda hanya perlu banyak kan berdoa dan usaha untuk mencari pintu rezeki anda. Saya ada kongsikan Maksud Rezeki dan Doa Dimurahkan Rezeki Allah
Namun, seringkali kita menemui masalah kewangan dalam tiap kehidupan seorang insan. Keyakinan tentang rezeki yang tidak pernah salah alamat, yang dijanjikan Maha pemberi menyebabkan anda sering mengeluh.
Sedangkan rezeki bagi tiap orang itu adalah sesuai dengan masa, tempat dan nilainya. Isu sekarang adalah
- Kenapa majoriti dari kita asyik mengeluh rezeki lambat sampai?
- Kenapa terasa amat perit dan sukar untuk mencari rezeki?
- Hanya orang tertentu sahajakah yang boleh tenang, bahagia dan kaya?
- Kenapa ada orang mudah sangat jadi kaya tetapi kita sukar ?
Dan banyak lagi persoalan rezeki yang adakalanya bermain di minda. Tujuan saya menulis ini untuk menyuntik rasa yakin dan percaya bahawa pintu rezeki adalah daripada Tuhan Maha pemberi dan bukan daripada makhluk. Makhluk hanya perantara sahaja.
Tuhan berkuasa untuk beri rezeki yang tak disangka-sangka dalam sekelip mata. Tuhan juga berkuasa menarik rezeki dalam sekelip mata.
Jadi jika anda sudah tahu siapa yang pemilik rezeki ini, maka anda juga tahu kepada siapa anda perlu minta kan. Dengan kata lain, bagaimana anda boleh menjemput rezeki datang kepada anda.
Tidak lupa juga lakukan amalan-amalan mustajab untuk anda yang dapat membantu membuka pintu rezeki. Akhir sekali bersyukur apa yang telah dikurniakan semuanya hanya dari Maha pemberi. Sekali lagi saya katakan banyak kan berdoa dan usaha.
rezeki itu dtg dalam pelbagai cara..hinggakan kita sendiri pun tak pernah terfikir..hu3
Rezeki semua datang dari maha pemberi. Yang penting caranya mesti betul.
setuju dengan ayat bro rezeki Allah nak bagi 🙂
Kita harus sentiasa meminta dan meminta denganNya setiap hari dan saat ketika 🙂
Ya betul tu, kita kena sedar siapa pemilik rezeki, kemudian dari situ barulah kita tahu apakah amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk menjemput rezeki.
Jadi masalah apabila kita mengharapkan rezeki daripada yang bukan pemilik rezeki itu