Penting Buat Kajian Kata Kunci Dalam Artikel

Mencari keyword yang betul amat penting dalam artikel, contohnya setelah kita membuat blog dengan bidang ( niche ) tersendiri dan tiba masanya untuk melakukan beberapa kajian kata kunci ( keywords ) yang popular. Fasa ini adalah sangat penting, kerana anda tidak akan mendapatkan trafik stabil dan tinggi dengan baik tanpa kata kunci yang tepat.

 

Apabila seseorang pergi ke enjin carian seperti Google, Bing atau selain itu untuk mencari sesuatu yang  di inginkan, pasti mereka akan masukkan ayat atau perkataan. Katakan orang itu ingin belajar buat duit photoshop, mereka mungkin akan taip pada enjin carian tersebut dengan ayat ” cara buat duit dengan photoshop” atau sesuatu yang serupa. Ini adalah kata kunci yang perlu anda ketahui.

 

kata kunci
kata kunci

 

Katakan blog anda adalah mengenai belajar photoshop. Anda perlu untuk mencari kata kunci bahawa orang akan mungkin untuk mencari dalam niche photoshop dan kemudian buat artikel di blog anda berdasarkan kata kunci tersebut.

 

Kajian kata kunci tidak semudah seperti yang disangka. Adakalanya anda perlu untuk memilih kata kunci yang tepat ( exact keyword ) dan anda perlu memastikan yang anda telah pun memilih kata kunci yang terbaik dan disukai Google. Sekarang Google turut memberi tumpuan lebih pada sinonim dengan blog anda melalui kata kunci tersebut.

 

Saya ada menggunakan keyword tool kata kunci daripada Google untuk mencari frasa kata kunci. Anda boleh cuba menggunakannya di Google AdWords keyword Tool. Ia mudah digunakan bagi mereka yang sudah biasa dengan tools ini. Anda cuba dahulu pasti akan cepat difahami.

 

Bagi saya apabila saya mencari kata kunci, saya tidak berpegang kepada kata kunci khusus. Saya masih menggunakan kata kunci yang lain dalam tajuk artikel dan artikel yang saya terbitkan. Ini adalah tip untuk anda dalam kajian kata kunci.

 

Katakan saya mahu menulis tentang pemasaran internet. Beberapa perkataan dan frasa tambahan Saya mungkin hendak masukkan bersama adalah :

  1. Teknik
  2. Jenis perniagaan
  3. Kelebihan
  4. Panduan

 

 

Semua ini adalah dianggap sebagai sinonim oleh Google berkenaan Pemasaran Internet, jadi saya mahu pastikan untuk menggunakan frasa tersebut dalam mana-mana artikel untuk tajuk yang akan saya tulis.

19 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.