Cara Isi Borang Kerja Kosong Yang Mudah Dan Betul

Cara Isi Borang kerja ni anda nak tau kan, saya akan beri kepada anda cara yang mudah untuk anda faham bagaimana hendak isi borang kerja.

Kerja di Singapura
Kerja di Singapura

Sebelum itu adakah anda sudah sediakan resume ? Pastikan resume anda tidak dilongkangkan oleh bakal majikan anda.

 

cara isi borang kerja
cara isi borang kerja

Cara Isi Borang Kerja

  • Baca dan fahamkan dengan teliti semua arahan supaya dapat mengisi borang dengan betul.
  • Majikan adalah orang pertama yang melihat borang anda. Pastikan tulisan terang, mudah dibaca dan semak semula semua ejaan.
  • Sekiranya menggunakan tulisan tangan, pastikan tulisan kemas. Jangan cakar ayam, ejaan banyak salah dan tanda-tanda kotor di dalam satu muka surat. Majikan tidak akan menyemak borang dengan lebih terperinci dan kemungkinan borang tersebut tidak dilayan. Majikan akan menyemak dan menyenarai malah memilih borang-borang yang kemas dan bersih sahaja.
  • Sekiranya terdapat bahagian yang memerlukan anda menulis karangan pendek, tuliskan rangkanya di kertas lain dahulu. Kemudian tulis semula dengan kemas ke dalam  bahagian yang memerlukannya.
  • Di dalam borang kadangkala terdapat soalan-soalan tentang kegemaran, minat, aktiviti, jawatan-jawatan yang disandang dalam persatuan dan pencapaian. Soalan-soalan ini bertujan untuk melihat sejauh mana keaktifan anda selaras dengan Diploma atau ijazah yang dimilikinya.
  • Jikalau jawatan yang dipohon ada kaitan dengan Ijazah, beri gambaran isi kandungan Ijazah tersebut ada hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan jawatan yang dipohon meliputi projek akhir.
  • Rujukan penama (referee) hendaklah minta izin dari penama berkenaan. Rujukan penama hendaklah seorang Dekan Kajian, Ketua Kursus  atau Pensyarah kerana mereka tahu latar belakang akademik pelajar.
  • Jika ada ruangan-ruangan yang tidak berkaitan dengan anda, tulis sahaja perkataan ‘tidak’.
  • Perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan huruf besar, warna dakwat hendaklah gelap dan tidak ada salah ejaan.
  • Jikalau tidak ada pengalaman kerja, nyatakan kerja-kerja separuh masa atau sukarela yang pernah dilakukan.
  • Semak sebelum hantar borang. Hantar borang kepada penama yang betul, alamat yang betul, dan jangan terlewat daripada tarikh tutup.

 

Perhatian untuk anda selepas selesai isi borang kerja .

  • Sebarang permohonan yang dihantar terus kepada majikan mestilah disertakan dengan  surat pengenalan cover-letter dan resume.
  • Sediakan gambar ukuran pasport terbaharu anda.

 

Tulis borang dengan sebaiknya kerana borang anda itu adalah perkara penting untuk majikan kenal siapa diri anda sebenarnya. Maklumat tambahan kepada yang sedang mencari kerja, baca Ebook Teknik Efektif Mencari Kerja.

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.