Belajar Menggunakan Photoshop

Anda pasti nak belajar menggunakan photoshop kan. Apabila anda mempunyai kepakaran didalam sesuatu perkara seperti photoshop, secara tidak langsung kepakaran tersebut akan menarik orang lain untuk bertanya, belajar, meminta dan pelbagai lagi pengharapan yang dituntut dari kepakaran tersebut.

 

Kepakaran menggunakan photoshop adalah ilmu berguna dan ramai yang kurang mahir. Dengan bermodalkan kepakaran, ianya memudahkan seseorang untuk menghulurkan duit kepada anda tanpa berfikir panjang kerana mereka yakin dengan kepakaran yang ada pada anda.

 

Sebagai contoh mudah, jika kita pergi ke Klinik pakar, doktor tengok sikit dan suruh ambil ubat, kita bayar tanpa berfikir panjang walaupun dengan harga yang mahal dengan harapan bahawa dengan nasihat dan ubat yang doktor berikan itu akan menyembuhkan kita.

 

Perkara yang sama juga berlaku kepada mereka yang ada kepakaran dalam penggunaan photoshop. Disebabkan photoshop ini terlalu banyak kegunaan dan kepentingannya di dalam bidang kerjaya pada masa kini, ramai orang ingin menguasai photoshop.

 

Pasti ilmu belajar menggunakan photoshop ni diminati.

belajar Menggunakan Photoshop
belajar Menggunakan Photoshop

 

Mungkin ramai dikalangan kita yang meminati photoshop kerana untuk kegunaan peribadi atau untuk suka-suka sahaja. Mungkin juga ada dalam kalangan kita yang sudah mahir menggunakan photoshop tetapi masih tidak mampu menjana pendapatan melalui photoshop.

 

Ada hanya sekadar kongsi di Facebook dan mengharapkan kawan-kawan like karya yang dihasilkan berjam-jam lamanya. Hakikatnya mahir dalam sesuatu bidang adalah sangat berbeza dengan memasarkan ilmu yang kita ada. Ianya dua elemen yang perlu digabungkan untuk menghasilkan duit melaluinya.

 

Contoh, jika sesorang sangat hebat membaiki kereta, tetapi dia takut, malu, tidak bagitahu orang yang dia mahir dalam membaiki kereta maka kehebatanya itu akan sukar dikesan oleh orang yang memerlukan perkhidmatanya.

 

Penguasaan ilmu grafik dengan belajar menggunakan photoshop.

Anda perlu kongsikan, sebarkan, kempenkan ilmu dan kepakaran anda dalam sesuatu hal supaya orang tahu akan kewujudan anda.

 

Di Malaysia terdapat ramai yang berminat untuk belajar menggunakan Photoshop sama ada melalui internet, melalui pembacaan buku, melalui video tutorial, melalui menghadiri bengkel photoshop dan sebagainya.

 

Untuk belajar photoshop ini dengan cara yang lebih mudah tonton Video Tutorial Adobe Photoshop dalam bahasa melayu adalah jalan penyelesaiannya ini adalah kerana Video Tutorial ini telah di susun khas oleh penerbit iaitu Boleh Design mengikut tajuk dan bab yang mana perlu di pelajari terlebih dahulu oleh semua lapisan golongan belia yang sedang berjinak-jinak dalam dunia editing grafik.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.