Bekerja Sendiri Atau Mencari Pekerjaan.
|Panduan Mencari Pekerjaan
- Berusaha sendiri, hubungi mana-mana tempat yang dapat menawarkan anda kerja. Jangan hanya tunggu iklan kerana kadang-kadang kerja tidak diiklankan.
- Jangan terlalu memilih kerja tetapi jangan pula sambil lewa. Tentukan kerja itu sesuai dengan kemampuan diri.
- Kaji kestabilan firma/organisasi yang dipohon pekerjaan. Adalah lebih baik jika mendapat peluang bekerja disektor swasta dahulu untuk mendapat pengalaman.
- ‘first impresion’ adalah mustahak. Oleh itu berhati-hatilah apabila
i. Menulis surat permohonan
ii. Membuat panggilan telefon
iii. Mengahdiri temuduga
- Sanggup berkerja dari peringkat bawahan. Fahami masalah tugas dari bawah kerana ini banyak menolong anda menguruskan pekerjaan dengan baik kemudian hari.
- Capai keputusan yang baik / cemerlang dalam peperikasaan.
- Jangan bergantung pada : “Saya Bumiputera lebih senang dapat kerja dan ada keistimewaan”.
Sektor Pekerjaan
- Lulusan-lulusan diploma berpeluang bekerja di sektor swasta, Badan Berkanun dan Kerajaan. Selain daripada itu, meraka juga digalakkan bekerja sendiri atau berniaga.
Bekerja sendiri atau berniaga
Bekerja sendiri meliputi petani moden, tukang, guru kampung, peniaga dan lain-lain kerja yang halal disisi Islam.
Bekerja sendiri mempunyai keuntungan yang nyata iaitu dapat menyediakan pekerjaan, sekurang-kurangnya untuk keluarga sendiri. Kedua, bekerja sendiri atau berniaga dapat mengumpul harta dan menghasilkan kekayaan.
Proses
Untuk menubuhkan perniagaan, perlu menjalani proses berikut :-
- Mencari idea yang sesuai dengan sumber kewangan, ilmu dan keadaan setempat.
- Membuat perancangan untuk melaksanakan perniagaan.
- Menubuhkan perniagaan dan menyelesaikan masalah penubuhan.
- Menjalankan dan menguruskan perniagaan supaya ia mencapai ‘break-even’.
- Meningkat jualan, kawalan kewangan dan pengurusan.
Berjaya Mendapat Kerjaya
- Cergas, berinisiarif dan maju dalam bidang yang diceburi.
- Sambung proses, bina perancangan bertindak dalam kerjaya.
- Saling memberi bantuan dengan masyarakat.
- Bertolak ansur.
Tambah ilmu dengan Teknik Efektif Mencari Kerja
2 Comments
mulakan dengan bekerja dengan orang, kemudian boleh belajar untuk bekerja sendiri
betul kata tuan ni.hehe.
p/s : aku suka kerja part time 🙂