Apa Itu Cover Letter Resume

Anda cari maksud Cover Letter dan Resume ? Dokumen ni perlu ada sebelum nak pergi cari pekerjaan kerana dokumen ini amat penting bagi menentukan teknik mencari kerja anda adalah betul dan berhasil. Cuba anda fikirkan apabila minta kerja tanpa cover letter dan resume, apa akan berlaku ?

Tentu majikan akan tolak awal-awal lagi permohanan kerja anda.

 

Sebelum tu adakah anda juga ingin ketahui 7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan ? Saya nak anda baca ebook tersebut supaya resume anda tidak ditolak dengan mudah.

 

Apa itu Cover Letter dan Resume

Ok, sekarang cuba fahami dulu apa itu Resume :

  • Ialah maklumat ringkasan yang padat mengenai peribadi, pendidikan dan sejarah pekerjaan kita bagi menunjukkan kelayakan kita untuk satu-satu jenis pekerjaan atau jawatan yang diminati.
  • Ia mestilah dapat meyakinkan majikan untuk memanggil dan menemuduga.
  • Tulis dengan ringkas dan padat.
  • Elakkan dari menggunakan perkataan ‘saya’.
  • Mempunyai kreativiti dan memberikan maklumat-maklumat lengkap.
  • Gambar ukuran pasport mestilah yang terbaharu.
  • Semak semula sebelum menyerahkan kepada majikan.
  • Bersikap jujur, berikan penumpuan pada kemahiran dan kelebihan-kelebihan yang anda miliki.
  • Pastikan bahawa maklumat-maklumat yang diberi secara berturutan dan logik.
  • Sekiranya anda menulis surat permohonan sertakan dengan cover letter. Ini pentingnya cover letter semasa hantar permohanan kerja.
  • Resume hendaklah ditaip dengan kemas melainkan dikehendaki ditulis tangan.

 

Anda juga boleh dapatkan 3 tip menghasilkan resume yang betul.

 

Cover Letter dalam bahasa malaysia ialah surat pengenalan.

  • Cover letter diperlukan, jika memohon pekerjaan yang diiklankan dalam surat khabar, jurnal atau pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.
  • Cover letter disertakan dengan resume dan borang permohonan. Ia boleh digunakan untuk memperkenalkan borang anda dan boleh diberi perhatian pada faktor-faktor penting yang membolehkan anda ditawarkan pekerjaan.

 

Cover Letter Yang Mudah dan Betul

  • Cover Letter adalah surat peribadi. Elakkan daripada menyalin semula atau meniru Cover Letter orang lain. Cover Letter tidak seperti surat pekeliling.
  • Ceritakan kreativiti tersendiri.
  • Kertas yang digunakan hendaklah bersaiz A4, berwarna putih (kosong) dan bermutu iaitu bukan kertas buku latihan yang dikoyakkan.
  • Hendaklah ditulis dengan kemas dan bersih. Buat satu salinan untuk simpanan.
  • Tulis alamat, no. Telefon dan tarikh di sudut atas sebelah kiri.
  • Elakkan kesilapan ejaan, penggunaan tatabahasa hendaklah baik dan teratur.
  • Tulisan mestilah bersih dan kemas.
  • Apabila surat permohonan dikehendaki tulis tangan, hendaklah ditulis tangan. Maksud disebalik tulis tangan ialah untuk melihat diri atau personaliti seseorang individu, kemas dan bersih serta bertanggungjawab atau sebaliknya.
  • Jika sekiranya seseorang calon tahu bahawa tulisannya sukar dibaca dan difahami, sebaik-sebaiknya surat tersebut ditaip.
  • Tulisan tangan yang baik diperlukan dalam jawatan seperti bidang perakaunan, untuk buat laporan bertulis, membuat rajah dan lukisan.

Cover letter dan Resume ini amat perlu setiap kali untuk kita memohon pekerjaan bagi memastikan pekerjaan yang anda mohon di terima majikan. Dapatkan Panduan Teknik Efektif Mencari Kerja. Jika ada sebarang cadangan boleh tinggalkan komen, terima kasih.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.