Selamat Datang Semua Hafiszan Dot Com
|Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya Mohd Hafiszan Mohd Kamarudin mengucapkan Selamat datang semua kepada yang sudi singgah ke blog Informasi ini dan selamat berkenalan kepada yang baru mengenali saya. Setelah sekian lama saya ingin memiliki blog dot com iaitu domain dan host persendirian akhirnya impian saya tercapai jua.
Di atas cadangan rakan saya Mohamad Sabree Hussin, akhirnya pada hari ini saya telah mengambil keputusan untuk membuka blog yang lebih bersifat santai di mana saya sendiri yang menulis artikel di dalam blog ini.
Blog ini menggunakan nama domain hafiszankamarudin.com yang saya beli melalui penyedia domain dan hosting iaitu jomhosting.net. Setelah 1 tahun menggunakan jomhosting.net saya beralih ke godaday.com kerana menawarkan harga yang menarik. Di godady.com saya hanya pindahkan nama domain sahaja manakala hosting saya menggunakan gempakbok.
Di dalam blog baru ini, saya akan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pandangan saya tentang perniagaan online atau offline termasuklah produk digital atau fizikal dan akan berkongsi tips-tips tentang produk tersebut.
Walaupun bukanlah seorang blogger yang terkenal dan seorang pakar dalam bidang perniagaan untuk dibuat rujukan. Saya akan berusaha memberi infomasi dan ilmu yang terbaik untuk rujukan bersama.
Jika mempunyai sebarang pemasalahan atau cadangan yang membina, boleh diajukan kepada saya.
Contohnya, inginkan topik yang patut saya beri perhatian di dalam blog ini. Sebarang cadangan amat saya hargai.
Jangan lupa ikuti informasi terkini dari blog ini supaya kita boleh terus berhubung dan bertukar pandangan. Saya juga menjemput sesiapa inigin menjadi rakan saya di Facebook dan Twitter.
Akhir kata, Saya doakan semoga sentiasa sihat, dirahmati dan dikurniakan dengan nikmat rezeki yang melimpah dari Allah SWT. Juga semua urusan harian di permudahkan.
Jangan lupa datang ke sini lagi nanti. Saya menantikan kehadiran dan maklumbalas komen semua.
” Pengalaman itu Satu Ilmu ”
Terima Kasih
Bukan senang nak maintain banyak2 blog ni. Teruskan usaha 🙂 dan selamat maju jaya.
Ps: saya cadangkan politik tu tak yah cerita hhhee sebabnya? Tak nak la bagitau hhhe
Terima kasih Tuan. Tunjuk ajar dari Tuan amat saya hargai. Tuan adalah Cikgu pertama dan percuma mengajar saya tentang blog. Betul kata Tuan banyak blog banyak kerjanya. Saya masih baru dan banyak perlu dipelajari. Harap dapat bagi nasihat dan cadangan 🙂 .
Alhamdulillah, bertambah lagi rujukan bagi saya dan sumber ilmu pengetahuan dalam pemasaran internet 😀
Terima kasih Tuan Hanif Abdul Bahar. Saya masih baru lagi dalam blogging ini. Jika ada salah harap dapat Tuan Betul kan. 🙂 Terima kasih komen dan singgah ke blog saya.
Saya pun ada kesempatan memang akan singgah kembali mencari ilmu di blog ni…thanks