Rezeki dari Allah

Adakah anda sering mengeluh kerana sukar mencari pintu rezeki sedangkan rezeki itu semua datang hanya dari kehendak Allah yang telah ditetapkan. Rezeki dari Allah lebih mudah dijemput berbanding dicari maka terima kasih dan bersyukur kepadanya.

 

rezeki-dari-allah
rezeki-dari-allah

Satu perkara yang tidak boleh anda sangkal secara majoritinya termasuk diri saya sendiri akan memikirkan mencari rezeki atau soal rezeki. Formula Rezeki dibawah ni akan membantu anda yang bermasalah dalam kehidupan masa kini.

 

Mencari rezeki menjadi keutamaan dalam segenap kehidupan. Adakalanya anda pasti terfikir tentang
101 ketakutan seperti :

Anda takut ketiadaan duit belanja.
Anda takut tidak cukup makan dan minum.
Anda takut tiada tempat tinggal.
Anda takut tidak berkenderaan.
Anda takut tidak sempat berkahwin.
Anda takut itu dan ini.

 

Dan bila disebut sahaja rezeki, yang terbayang dalam minda anda adalah duit. Rezeki itu duit adalah pemikiran yang salah ! Betul kan ?

 

Apabila sebut sahaja rezeki, yang sering terbayang dalam minda adalah duit. Memang tidak disangkal duit sebenarnya membantu anda menyelesaikan masalah dan memberi anda keselesaan namun duit juga boleh memudaratkan diri sendiri.

 

Hakikatnya, ” Rezeki itu duit ” adalah satu pemikiran yang salah kerana pintu rezeki adalah anugerah dari Tuhan dalam pelbagai bentuk dan ia mempunyai makna dengan skop yang amat luas.

 

Duit hanya satu bentuk zahir sistem rezeki yang kecil. Nyawa yang Tuhan berikan setiap hari ini juga adalah rezeki, Udara yang anda hirup juga adalah rezeki. Mata yang memandang, telinga yang mendengar dan hidung yang menghidu adalah rezeki yang amat pemurah Rezeki dari Allah.

 

Tangan dan kaki dapat bergerak adalah rezeki, malah anda dapat hidup ni pun dengan aman adalah rezeki yang tak ternilai. Pasti, andai disenaraikan pintu rezeki dari Tuhan yang anda terima setiap hari tidak terhitung bilangannya.

 

Ayat rezeki selalu diungkapkan ” Hai rezeki marilah datang kepada ku… ”. Untuk menjemputnya, ada etika yang perlu dipatuh. Andai anda serius menjemput rezeki maka serius lah rezeki datang kepada anda. Andai anda main-main menjemputnya, rezeki main-main datang kepada anda.


Oleh sebab itu, jika anda mahu menjemput rezeki datang kepada anda maka p
erlu tahu caranya, perlu tahu langkah-langkahnya dan perlu tahu sistem rezeki.

 

Antara tips menjemput rezeki yang dapat dikongsikan bersama ialah menjemput rezeki jauh lebih mudah berbanding mencari rezeki sebenarnya.

1) Networking terbaik adalah Dhuha.
– Fadhilat Dhuha antaranya dibukakan segaka Pintu Kebaikan dan Rezeki.

2) Membaca Surah Al-Waqiah.
– Tidak akan miskin orang yang mengamalkan Al-Waqiah.

3) Sedekah.
– Jika sakit, berada dalam kesusahan dan kesempitan, maka bersedekahlah. Sesungguhnya sedekah mampu memadamkan murka Allah.

4) Usaha & Tawakkal.
– Selalu kita dengar Usaha dulu baru tawakkalkan? Yang terbaik adalah tawakkal dahulu, serahkan sepenuhnya kepada Allah kemudian baru berusaha sehabis daya.

5) Zikir & Selawat
– Dengan berzikir hati menjadi tenang. Moga dengan selawat menjadi syafaat kita diakhirat kelak.

 

Mudahkan ? Tapi nak mula buat dan istiqomah yang susahnya. Takpe, paksa diri. Dari keterpaksaan anda akan terbiasa dan akhirnya menjadi sebati dalam diri. Moga anda diberi kekuatan untuk istiqomah !

 

Ebook Formula Rezeki ni insyaAllah akan membantu pembacanya mengetahui secara sistematik, bagaimana pembaca boleh menjemput rezeki dari allah di samping jana kemewahan dunia dan akhirat.

 

Jangan lupa kongsikan artikel ni dan amalkan doa murah rezeki dan banyak kan berselawat pada Rasulullah.

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.