Cari Duit Dengan Blog
|Pada hari ini, cari duit dengan blog amat mudah dan terdapat pelbagai blog yang dihasilkan untuk pelbagai kategori dan niche. Ada blog yang memaparkan kisah peribadi, perniagaan, kerjaya, fesyen, artis, kewangan dan lain-lain.
Ada beberapa orang blogger yang hanya memaparkan kisah peribadi tetapi dapat menghasilkan pendapatan yang agak lumayan dan tidak kurang juga yang hanya menjana pendapatan yang agak sedikit.
Paling malang lagi jika blogger tersebut langsung tidak pernah menjana walau satu sen pun pendapatan walaupun trafik dan pengunjung yang datang ke blog tersebut agak tinggi sehingga mencecah 300 – 500 pengunjung unik sehari.
Tidak dapat dinafikan, ramai blogger yang hanya fokus kepada satu sumber pendapatan sahaja. Sumber yang paling popular hari ini adalah sumber daripada pengiklanan dari syarikat seperti NuffNang, Advertlets, Mangga Ads, Adsense dan lain-lain.
Tetapi, tahukah anda, terdapat pelbagai lagi sumber lain yang boleh anda jadikan punca pendapatan anda? Cuba anda bayangkan sekiranya anda mempunyai 10 sumber pendapatan dan setiap satu sumber menghasilkan RM100 sebulan. Ini bermakna anda telah mendapat RM1,000 dalam masa sebulan secara sambilan sahaja melalui blog.
Oleh yang demikian, Panduan “ Usahawan Blog ” dihasilkan bagi membantu blogger cari duit dengan blog bagi menampung sedikit sebanyak kos internet, kos prepaid telefon bimbit dan lain-lain perbelanjaan. Tidak mustahil, jika anda terus menerus berusaha, anda boleh menjadi seorang blogger sepenuh masa!
Terima kasih.
Betul tu, kalau betul2 nak jadi blogger la. kalau saja2 nak conteng2 macam Tedi ni, xyah pun xpe, kan? 🙂
Setiap blog ada kelebihan tersendiri. Jadi kenal pasti. Yang conteng2 pun boleh jana duit dengan blog. Usaha mesti ada 🙂
Betul tu…ada banyak banyak banyak kelebihan blog berbanding dengan social media yang lain. Selagi internet itu wujud selagi itu blog wujud. Eh betul ke ni?
Memang betul, dimana-man pun boleh cari duit yang penting usaha, duduk saja bukan duit masuk dalam bank pun 🙂
nampaknya banyak lagi yang patut aku belajar nih
Ilmu sentiasa di cari tidak akan pernah habis. menuntut ilmu sehingga ke hujung nyawa. Betul ke?
Yang penting kita berusaha untuk mendapatkan duit melalui blog. Terima kasih kerana berkongsi entri ini.
sama-sama. kongsi bersama ilmu
yang penting, kita mesti rajian berusaha dan tak putus asa. 🙂
usaha tangga kejayaan.
setuju bro 🙂 banyak perlu aku belajar ni.hehe
Belajar selagi umur masih ada, banyak sumber kita boleh belajar…
ada banyak cara memang yang bisa dilakukan untuk mendapatka duit salah satunya memang yang paling populer via blog
ingat cari rezeki halal, keberkatan hidup