Pintu Rezeki Maha Pemberi

Dimana Pintu Rezeki Maha Pemberi yang akan anda temui ? Sebelum jumpa pintu rezeki, perkara yang tidak boleh anda sangkal secara majoritinya termasuk diri saya sendiri akan memikirkan soal rezeki lebih tepat lagi ialah cari duit. Duit menjadi keutamaan dalam segenap kehidupan dari kanak-kanak sehingga kepada orang tua.

 

pintu rezeki
pintu rezeki

 

Cuba anda fikirkan sejenak tentang rezeki, ada seseorang mengatakan bahawa ‘ Rezeki  Tidak Pernah Salah Alamat! ‘ Betul kan? Jadi jika itu rezeki anda, ia tetap akan jadi milik anda. Anda hanya perlu banyak kan berdoa dan usaha untuk mencari pintu rezeki anda. Saya ada kongsikan Maksud Rezeki dan Doa Dimurahkan Rezeki Allah

 

Namun, seringkali kita menemui masalah kewangan dalam tiap kehidupan seorang insan. Keyakinan tentang rezeki yang tidak pernah salah alamat, yang dijanjikan Maha pemberi menyebabkan anda sering mengeluh.

 

Sedangkan rezeki bagi tiap orang itu adalah sesuai dengan masa, tempat dan nilainya. Isu sekarang adalah

  • Kenapa majoriti dari kita asyik mengeluh rezeki lambat sampai?
  • Kenapa terasa amat perit dan sukar untuk mencari rezeki?
  • Hanya orang tertentu sahajakah yang boleh tenang, bahagia dan kaya?
  • Kenapa ada orang mudah sangat jadi kaya tetapi kita sukar ?

 

Dan banyak lagi persoalan rezeki yang adakalanya bermain di minda. Tujuan saya menulis ini untuk menyuntik rasa yakin dan percaya bahawa pintu rezeki adalah daripada Tuhan Maha pemberi dan bukan daripada makhluk. Makhluk hanya perantara sahaja.

 

Tuhan berkuasa untuk beri rezeki yang tak disangka-sangka dalam sekelip mata. Tuhan juga berkuasa menarik rezeki dalam sekelip mata.

 

Jadi jika anda sudah tahu siapa yang pemilik rezeki ini, maka anda juga tahu kepada siapa anda perlu minta kan. Dengan kata lain, bagaimana anda boleh menjemput rezeki datang kepada anda.

 

Tidak lupa juga lakukan amalan-amalan mustajab untuk anda yang dapat membantu membuka pintu rezeki. Akhir sekali bersyukur apa yang telah dikurniakan semuanya hanya dari Maha pemberi. Sekali lagi saya katakan banyak kan berdoa dan usaha.

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.